Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 30 April 2012

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG








“Berilah dahulu kasih sayang kepada orang lain, 
barulah kita akan mendapat kasih sayang.”
--Pahrol Mohd Juoi--

Ahad, 29 April 2012

SEHARI DI PULAU BELURU

Seronoknya Tuhan saja yang tahu. Bila permintaan ku untuk ikut sama ke Pulau Beluru diterima. Aku tak pernah sampai ke situ. Terima kasih... 

Nama pun pergi kem, aku ikut sekali berjalan menjelajah pulau. Entah berapa kilometer. Yang aku tau memang jauh. Longgar lutut jugak la... Seringkali aku tertinggal ke belakang. Tapi bukan faktor usia. Sebenarnya aku banyak kali singgah situ sini ambik gambor. Pantang tengok yang menarik pada pandangan aku, aku snap. Buktinya gambar-gambar ni...

Buah tempan muda

Buah tempan masak

Ni bunga apa ya?


Masa perjalanan balik, aku tak larat dah nak berjalan. Bila ditanya nak balik jalan kaki atau nak naik bot, aku cepat-cepat jawab nak naik bot. Kaki dah lengoh. Hihihi... Rupanya orang-orang di pulau ni nak keluar ke pekan kena naik bot. Tambangnya RM1 satu hala. Dah menjadi kebiasaan pada mereka, tapi pada aku, Ya Allah... susahnya.

Dalam perjalanan menyusuri sungai dengan bot tu, aku nampak buah nipah. Ya Allah...sedapnya. Dah berpuluh tahun aku tak makan buah nipah. Meleleh air liur. Nasib baik dia orang berhenti nak cari kelapa muda. Dengan baik hatinya dia carikan aku buah nipah. Seronoknya... bahagianya... terharunya... Dapat la aku makan buah nipah idaman ku. Biar pun agak keras. Terima kasih...


Bukan sekadar buah nipah, air kelapa muda pun dapat. Best kan???... Jawapannya: Ya. Satu pengalaman yang sangat menarik. Dan, tak akan ku lupakan. Lain kali nak ikut lagi boleh tak???... BOLEH LA...


“Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.”
 (Riwayat Thabrani darpada Abdullah bin Salam)


Selasa, 24 April 2012

ULAT BUKU SKBTK







Isnin, 23 April 2012

NILAM SeDAERAH 2012


Guru Besar En Mustaffa Kamal bin Hj Jamlus membaca perutusan Program Nilam Sedaerah.

Gimik Pelancaran Program Nilam Sedaerah kali ni tak kurang menariknya. 20 orang murid dipilih untuk membawa buku. Buku tersebut disusun berupa sebuah tugu atau menara buku. Sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Besar.

Bagi menyempurnakan menara buku, sekaligus merasmikan Program Nilam Sedaerah, adik Muiz Abrar bin Hamdan membawa puncak menara buku dan diserahkan kepada Tuan Guru Besar untuk diletakkan di atas menara.

Calon Kem Nilam 2012, adik Aiman Hana Yunus bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Calon Kem Nilam 2012 juga, adik Amera Haiqa Mohd Yusof tampil dengan 'Bicara Buku'.

Rakan Pembaca Aktif 2011, adik Wardatush Syifa' tampil dengan sebuah cerita bertajuk 'Raja Bersiung'.

Sesi penyampaian sijil kepada Pembaca Aktif (Jauhari) bagi penggal pertama sesi 2012.  Seorang Pembaca Aktif ini dipilih dalam setiap aliran berdasarkan jumlah bacaan buku terbanyak. 

Nah!!!... ni sesi terakhir program kali ni. Sesi bergambar guru-guru Pusat Sumber. Sebelah kanan sekali tu guru bertugas minggu ni, sekaligus pengerusi majlis. Yang kedua tu la GPM Puan Jamaliah. Ketiga tu pula Puan Norzaimah (Guru RP), keempat Puan Saadah (guru PSS). Yang berbaju sedondon tu? Ooo... dari kiri Puan Norlaila (guru PSS), Puan Zety Akhtar (guru PSS), dan Puan Fadzilah (guru RP). Mereka bertiga tu bukan tak nak pakai baju sedondon, tapi baju yang ditempah belum siap.  La...mana Puan Malarkodi guru Nilam kita takder pulak... 

Ahad, 22 April 2012

BENGKEL RAKAN PEMBACA






Sabtu, 21 April 2012

PANDUAN MENYEDIAKAN PROFIL NILAM

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PROFIL NILAM

1.       Kulit Depan (Akan disediakan oleh PKG)
2.       Perakuan Guru Besar/ Pengetua
3.       Isi Kandungan
4.       Profil Diri
a)      Borang Pencalonan
b)      Biodata Murid (karangan)
c)       Surat Kebenaran Ibu Bapa
d)      Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak

5.       NILAM

a)      Analisa NILAM
·         Tahap Jauhari
Tahun
Pengiktirafan
2009
Gangsa
2009
Perak
2010
Emas
2011
Nilam

·         Tahap RP
Tahun
Markah
Pengiktirafan
2009
121
Gangsa
2010
252
Perak
2011
367
Emas




·         Sijil-sijil NILAM
b)      Komposisi Buku
BIL
JENIS BUKU
BIL. BUKU DIBACA
1
Bahasa Melayu

2
Bahasa Inggeris

3
Lain-lain Bahasa

4
Karya Agung

JUMLAH



6.       Pencapaian Akademik

a)      Analisa Keputusan Peperiksaan
TAHUN/
TINGKATAN
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PERATUS
GRED
1
(2007)

88%

2
(2008)

85%

A
3
(2009)

86%

A
4
(2010)

73%

A
5
(2011)





b)      Slip Keputusan Peperiksaan
·         PMR 
·         Laporan Adab
c)       Senarai pencapaian akademik
TAHUN
PENCAPAIAN
2007
1.       Terbaik Matapelajaran Sains, BM, BI, Matematik dan Agama
2.       Tempat Kedua Kelas
2008


d)      Salinan sijil-sijil akademik

7.       Pencapaian Kokurikulum

a)      Senarai Pencapaian Kokurikulum
BIL
PERINGKAT
SIJIL
TAHUN
1
Negeri
Pertandingan Resensi Buku
2010
2
Daerah
Pertandingan Nyanyian dan Gerakan
Karnival Ko-Akademik Bahasa Arab
2008
3
Sekolah


4
Sekolah



Sekolah



b)      Salinan Sijil-sijil



8.       Ketrampilan Personaliti
a)      Jawatan/ Kepimpinan
TAHUN
JAWATAN
2009
Pengawas Sekolah
2010
Pengawas Sekolah
2011
Pengawas Sekolah



b)      Sijil-sijil Jawatan
c)       Hasil Karya
BIL
HASIL KARYA
1
Johan Pertandingan Penulisan Kreatif
2
Ulasan Buku



d)      Lampiran Hasil Karya Murid

9.       Gambar-gambar
*Gambar-gambar berkaitan Program NILAM.


PERINGATAN:
Semua dokumen perlu dibuat 2 salinan ; soft copy dan hard copy
(1 salinan untuk sekolah dan 1 salinan untuk daerah)

Jalan-jalan tenangkan fikiran...

Hari ni sekolah ganti. Ada kem bestari solat fasa 3. Ada juga bengkel Rakan Pembaca. Aku terlibat dengan kedua-dua program tersebut. Tapi macam mana? Takkan nak belah dua badan aku ni. Serba salah aku dibuatnya. Keduanya tugas penting aku. Aku ustazah yang diberi tugas membimbing murid-murid lemah dalam kem bestari solat. Aku juga guru rakan pembaca. Bengkel RP kali ni memang bawah bidang kerja aku. Mana satu nak aku utamakan kali ni. Segan pulak pada rakan-rakan ustazah. Mereka semua bertungkus-lumus memulihkan anak-anak didik yang belum menguasai fardhu ain. Aku  pulak sibuk di Pusat Sumber, dengan bengkel RPnya, sijil-sijil Nilam Sedaerahnya Isnin nanti, folio Kem Nilam Zon Semenyih minggu depan. Semuanya nak siap segera. Apa pun, maaf ya sahabat-sahabatku, kerana aku tak dapat bersama kalian hari ini. Dan,  terima kasih kerana memahami dan melepaskan aku ke destinasi yang lain.

Dalam kesibukan hari ini, aku suatu perkara yang aku tak sempat nak buat. Tapi percayalah, aku tak pernah lupa untuk melakukannya. Cuma kekangan masa hari ni. Sebab tu lah, bila pulang saja dari sekolah, aku terus menuju ke situ. KL Central. Mencari sesuatu. Alhamdulillah aku berjaya mendapatnya. Tak sabar rasanya nak tunggu hari Jumaat ni. Aduhhh... 


Selasa, 17 April 2012

MURIDKU ANAKKU






Rabu, 11 April 2012

PERTANDINGAN MEWARNA KEPENGGUNAAN

Semalam 10 April 2012, ada peraduan mewarna anjuran Persatuan Pengguna. Pertandingan mewarna terbuka kepada semua murid tahun 1, 4 dan 5. Manakala ceramah kepenggunaan bagi murid tahun 6. Biasa la, dalam beg ustazah Fadzilah sentiasa ada kamera Canon IXUS 100 15. Apa lagi...Jalankan tugas. Ya la, sambil-sambil membakar semangat murid-murid supaya mereka warna dengan baik. Sebagaimana yang dijanjikan, bila semua siap dan hasil kerjanya cantik ustazah akan ambil gambar. Inilah dia...murid Tahun 4 Cekal dengan hasil kerjanya.


Selasa, 10 April 2012

KTQ PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah, tahun 2012 ni SKBTK bertuah kerana dua acara berjaya ke peringkat negeri. Bermakna SKBTK sebagai wakil kontinjen daerah Hulu Langat bertarung di peringkat negeri Selangor. Lebih kurang dua hari kami kontinjen SKBTK berkampung di Petaling Perdana.

Inilah barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Hakim bahagian hafazan perempuan. Nampak muka hakim-hakim tu macam kenal terutama fatih munabbih. Tapi siapa ya?... Mungkin kawan-kawan maktab dulu.

Adik Najwa Madihah binti Abdul Jalil. Peserta hafazan. Baru berusia 9 tahun. Masyaallah...sejuk perut ibu mengandung. Usia semuda itu berjaya menjadi hafizah. Walaupun baru juz 'Amma. Berjaya pula menjadi wakil sekolah hingga ke peringkat negeri. Setiap kali adik Najwa Madihah perdengarkan bacaannya, semua ustazah berdiri bulu roma, bergenang air mata mendengarnya. Tahun 2012 berjaya menjadi wakil daerah, Insya Allah tahun depan menjadi wakil negeri ke peringkat kebangsaan pula. 

Ini kumpulan As-Syafii. Penuh semangat membuat persembahan. Mendendangkan dua buah lagu. Lagu pertama 'Al-Quran Menjana Transformasi Ummah' dan lagu kedua 'Adab Menolong Guru'. Kali ni nasib tidak menyebelahi mereka. Insya Allah tahun depan.


Nah...ni dia wakil pentadbir SKBTK. En Mohd Razak bin Kanapiah, GPK Kurikulum turut hadir memberi semangat kepada para peserta. Tapi kenapa tak semua yang datang? Bangga apa sampai ke peringkat negeri...hihihi. Yang kacak kat belakang tu la jurulatih kumpulan As-Syafii. Ustaz Faizal nama diberi. Dialah komposer, dialah penulis lirik. Dia juga juruletihnya. Uiiii...jngan lupa orang kuat di belakangnya KP kami Pn Najihah binti Lateh dan juga Pn Zainurhiza.


Ahad, 8 April 2012

FAYYADH @ KARNIVAL SUKAN PASTI









CATATAN POPULAR