Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 23 April 2012

NILAM SeDAERAH 2012


Guru Besar En Mustaffa Kamal bin Hj Jamlus membaca perutusan Program Nilam Sedaerah.

Gimik Pelancaran Program Nilam Sedaerah kali ni tak kurang menariknya. 20 orang murid dipilih untuk membawa buku. Buku tersebut disusun berupa sebuah tugu atau menara buku. Sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Besar.

Bagi menyempurnakan menara buku, sekaligus merasmikan Program Nilam Sedaerah, adik Muiz Abrar bin Hamdan membawa puncak menara buku dan diserahkan kepada Tuan Guru Besar untuk diletakkan di atas menara.

Calon Kem Nilam 2012, adik Aiman Hana Yunus bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Calon Kem Nilam 2012 juga, adik Amera Haiqa Mohd Yusof tampil dengan 'Bicara Buku'.

Rakan Pembaca Aktif 2011, adik Wardatush Syifa' tampil dengan sebuah cerita bertajuk 'Raja Bersiung'.

Sesi penyampaian sijil kepada Pembaca Aktif (Jauhari) bagi penggal pertama sesi 2012.  Seorang Pembaca Aktif ini dipilih dalam setiap aliran berdasarkan jumlah bacaan buku terbanyak. 

Nah!!!... ni sesi terakhir program kali ni. Sesi bergambar guru-guru Pusat Sumber. Sebelah kanan sekali tu guru bertugas minggu ni, sekaligus pengerusi majlis. Yang kedua tu la GPM Puan Jamaliah. Ketiga tu pula Puan Norzaimah (Guru RP), keempat Puan Saadah (guru PSS). Yang berbaju sedondon tu? Ooo... dari kiri Puan Norlaila (guru PSS), Puan Zety Akhtar (guru PSS), dan Puan Fadzilah (guru RP). Mereka bertiga tu bukan tak nak pakai baju sedondon, tapi baju yang ditempah belum siap.  La...mana Puan Malarkodi guru Nilam kita takder pulak... 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR