Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 5 April 2012

ENGLISH LANGUAGE PANEL COMPETITIONS SEMENYIH ZONE


Cantikkan backdrop? Inilah hasil kerja tangan Cikgu Norazlina. Memang berseni orangnya. Nama pun cikgu Pendidikan Seni. Dia letak aje dah nampak berseri.

 Ni wakil story telling. Adik Aiman Hana binti Yunus. Dan yang belakang tu adik Mohd  Ezar Naim bin Adenan.

Ni masa Aiman Hana sedang beraksi. Memang pemalu orangnya. Lemah lembut gitu. Tapi kalau digilap Insya Allah boleh maju lagi.

Ini barisan VIP. Para pentadbir sekolah. Dua orang jejaka (???) tu GPK Ko-kurikulum En Masran bin Khalil dan GPK Kurikulum En Mohd Razak bin Kanapiah. Dua orang di tengah tu tak kenal. Mungkin pentadbir dari sekolah lain. Tepi sebelah kanan ni GPK Petang sekolah kami Pn Noraiza binti Awang.

Pasukan action song SKBYK dapat naib johan daripada lapan kumpulan yang mengambil bahagian. Tahniah. Tersenyum bangga GPK 1 menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Para peserta bersama jurulatih mereka. Tersenyum lebar penuh bangga selepas penat lelah selama ni beroleh kejayaan. Sayangnya gambar masa persembahan tak sempat ambil sebab rakam video. Apa pun tahniah semua cikgu dan murid yang berjaya. Yang tak berjaya cuba lagi tahun depan.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR