Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 10 April 2012

KTQ PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah, tahun 2012 ni SKBTK bertuah kerana dua acara berjaya ke peringkat negeri. Bermakna SKBTK sebagai wakil kontinjen daerah Hulu Langat bertarung di peringkat negeri Selangor. Lebih kurang dua hari kami kontinjen SKBTK berkampung di Petaling Perdana.

Inilah barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Hakim bahagian hafazan perempuan. Nampak muka hakim-hakim tu macam kenal terutama fatih munabbih. Tapi siapa ya?... Mungkin kawan-kawan maktab dulu.

Adik Najwa Madihah binti Abdul Jalil. Peserta hafazan. Baru berusia 9 tahun. Masyaallah...sejuk perut ibu mengandung. Usia semuda itu berjaya menjadi hafizah. Walaupun baru juz 'Amma. Berjaya pula menjadi wakil sekolah hingga ke peringkat negeri. Setiap kali adik Najwa Madihah perdengarkan bacaannya, semua ustazah berdiri bulu roma, bergenang air mata mendengarnya. Tahun 2012 berjaya menjadi wakil daerah, Insya Allah tahun depan menjadi wakil negeri ke peringkat kebangsaan pula. 

Ini kumpulan As-Syafii. Penuh semangat membuat persembahan. Mendendangkan dua buah lagu. Lagu pertama 'Al-Quran Menjana Transformasi Ummah' dan lagu kedua 'Adab Menolong Guru'. Kali ni nasib tidak menyebelahi mereka. Insya Allah tahun depan.


Nah...ni dia wakil pentadbir SKBTK. En Mohd Razak bin Kanapiah, GPK Kurikulum turut hadir memberi semangat kepada para peserta. Tapi kenapa tak semua yang datang? Bangga apa sampai ke peringkat negeri...hihihi. Yang kacak kat belakang tu la jurulatih kumpulan As-Syafii. Ustaz Faizal nama diberi. Dialah komposer, dialah penulis lirik. Dia juga juruletihnya. Uiiii...jngan lupa orang kuat di belakangnya KP kami Pn Najihah binti Lateh dan juga Pn Zainurhiza.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR