Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 31 Ogos 2012

KENANGAN SILAM MENGUSIK JIWA

MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA!... Hari ni genap 55 tahun Malaysia merdeka. Oh...patut la aku senang lenang di rumah. Cuti rupanya. Jam hampir 7.30 pagi. Aku masih lagi di atas sejadah. Telekung pun tak buka lagi. Dah sejam lebih aku macam ni. Lepas termenung... mengeluh... lepas mengeluh... termenung... 'Tak baik dikenang perkara lepas. Masa tak boleh diundur kembali. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita je yang tak tahu. Hikmah tu rahsia Allah yang tersembunyi'. Pujuk hati kecil ku. Pujuk diri sendiri.

Aku menarik nafas panjang. Fikiran ku berlegar-legar teringatkan kisah silam ku. Kisah zaman persekolahan. Indah. Bahagia sangat. Tapi kenapa bahagia itu berakhir dengan sebuah kedukaan yang tak dapat aku lupakan hingga kini. Setiap kali berkumandangnya lagu-lagu zaman persekolahan, jiwa ku rasa sakit. Meronta-ronta.

Ya Allah...pedihnya dapat ku rasa sampai kini. Kalaulah masa boleh diundur kembali... akan ku pilih untuk kembali masa itu. 'Hemmm...khayal lagi aku ni...', bisik hati kecil ku lagi. Merdekakan jiwa mu wahai Fadzilah. Ya...MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Lenguh duduk baring. Namun aku masih belum berganjak dari sejadah. Masih dibuai kenangan lalu. Alangkah bahagianya kalau... 'Oiii!!! Cukup-cukup la tu...tak payah berkalau-kalau lagi'...jerit hati kecil ku. Emmm... Betul juga kan... lagi diingat lagi seksa jiwa. Makin dikenang makin merana badan. Tapi... Kenangan itu masih segar diingatan. Satu persatu berlegar dibenak fikiranku. Silih berganti. Indahnya waktu itu. Semua orang tahu. Kawan, lawan, cikgu, pendek kata semua tahu la. Tapi sayang...

Selamat menyambut hari merdeka. Tapi jiwa ku tak pernah merdeka dari mengingati kenangan lalu...Setiap hela nafas ku hanya ada kamu...Engkau Tetap Satu.


"PERCAYALAH BAHAWA KEBAHAGIAAN ADALAH SEPERTI MAWAR YANG DITANAM. TIDAK LANGSUNG BERBUNGA (SEBAIK SAJA DITANAM), TETAPI IA PASTI AKAN TUMBUH"

Khamis, 30 Ogos 2012

KASIH DAN RINDU SANG PENCIPTA

Akan ada satu ketika, kita akan rebah ke bumi...
Ketika itu, hanya Allah yang tahu apa yang kita rasa...
Kita mencari penyelesaian sana dan sini...
Namun semuanya menghampakan...
Kita hampir-hampir putus asa.
Dan...ketika itu kita tersedar...
Inilah teguran dari Sang Pencipta...
Saat itulah juga...
Kita kembali mendekatkan diri kepadanya...

"ALLAH TEGUR TANDA DIA RINDU,
ALLAH UJI TANDA DIA SAYANG..."
--------------------------------------------------

Selasa, 28 Ogos 2012

HANYA DENGAN IZINNYA...


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. KAU yang NEMILIKI alam semesta ini. KAU yang MENGATUR seluruh hidup kami. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Hidupkanlah kami dalam Rahman dan Rahim Mu. Lembutkanlah hati-hati kami dengan kelembutan Mu. Satukanlah kasih kami dengan kasih sayang dari Mu. Bahagiakanlah kami dengan kebahagian dari Mu.  Izinkanlah kami Ya Allah...


"BERAPA BANYAK NIKMAT YANG TAK DAPAT DIPANCING DENGAN MENSYUKURINYA KEPADA ALLAH TERNYATA BERSEMBUNYI DI BALIK PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DISUKAI"

Isnin, 27 Ogos 2012

BERITA GEMBIRA

Hari ni kaki ku melangkah longlai menaiki tangga pejabat. Tak bersemangat langsung. Kenapa agaknya. Hari pertama sekolah selepas raya kut?... Entah la. Namun ku gagahi jua langkah kaki ku ini. Tertera jam di kad kedatangan aku jam 7.27 pagi. Alhamdulillah...

Ku teruskan langkah ku ke bilik guru. Bersalaman dengan kawan yang terserempak saja. Ucap selamat hari raya. Terus berkurung di sudut tersembunyi. Di situlah meja aku. Tersorok. Terselindung dari orang lalu lalang. Dan memang aku suka macam tu. Bila aku keluar dari sudut tu?... Bila ada kelas. Dan bila aku kepanasan. Hangat.

Kelas pertama aku mula jam 10 pagi. Aku siapkan saki baki kerja sebelum cuti. Aku ke pejabat. Muka ku pucat tegur salah seorang staf di pejabat. Aku senyum. Tanpa sepatah kata. Memang beginilah sikap aku. Aku tak pandai berlakon. Kalau aku gembira langkah ku laju. Wajah ku ceria. Mulut ku menegur sini sana. Tapi hari ni aku tak macam biasa. Mata ku layu kata mereka. Wajah ku suram. Susah nak mengukir senyum. Mulut ku terkunci. Bisu. Itu antara teguran yang aku terima. Katanya lagi, "senyum la...tak terima lagi ke?". Hati ku mul berdebar. "Ada ke? Mana?" Bertubi-tubi soalan. Dia senyum. Diam.

Selesai urusan aku kembali ke meja ku di bilik guru. Datang seorang lagi staf. Kenapa menyorok? Tak gembira ke?... Sambil menghulurkan surat rasmi pada ku. Sebelum tu saya nak ucap tahniah dulu. Aku peluk dia erat. Gembira. Seronok. Dia berlalu pergi. Tiba-tiba kegembiraan dan keseronokan aku hilang. Aku takut. Aku bimbang. Aku tak teruja lagi dengan berita tu. Berbelah bagi. Sepatutnya selepas terima berita gembira ni, akulah orang yang paling bahagia. Tapi aku menjadi takut dan bimbang. Ya Allah...hanya pada MU aku berserah. KAU berilah segala yang terbaik untuk ku. KAU Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui. Sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...


"APABILA KESUSAHAN DATANG MENERPA DIRI DAN KECEMASAN BERTINDIH-TINDIH MENGHIMPIT JIWA, UCAPKANLAH : LA ILAHA ILLALLAH"


Ahad, 26 Ogos 2012

BERDOALAH...

Jika ALLAH SWT MEMAKBULKAN DOA MU, maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya...

Jika ALLAH SWT MENANGGUHKAN DOA MU, maka Allah menguji kesabaranmu...

Jika ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN DOA MU, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu...


"MAKA TUHAN MEREKA PERKENANKAN DOA MEREKA (DENGAN FIRMANNYA): "SESUNGGUHNYA AKU TIDAK AKAN SIA-SIAKAN AMAL ORANG YANG BERAMAL DARI KALANGAN KAMU, SAMA ADA LELAKI ATAU PEREMPUAN"... (SURAH ALI-IMRAN : AYAT 195)

XSMUAIP






Sabtu, 25 Ogos 2012

ALLAH MAHA KAYA

Syukur Alhamdulillah, aku dapat pulang beraya bersama insan-insan tersayang. Doa dan permintaan aku dimakbulkan. Aku pulang penuh semangat dan hati yang girang. Sembilan jam perjalanan dari Kajang ke Kota Bharu. Aku memandu kereta tanpa ada sedikit pun rasa penat dan mengantuk. Alhamdulillah syukur Ya Allah...

Di sana, aku ditempatkan di sebuah rumah yang cukup selesa. Biarpun tanpa perabut dan perhiasan yang lengkap. Ya lah, cuma untuk sepuluh hari. Sekali lagi aku bersyukur dan berterima kasih. Rumah itu ibarat SYURGA buat ku. Terima kasih...

Yang paling bahagia dan penuh rasa syukur kerana 'syurga' ku itu dekat sangat dengan masjid. Bukan sahaja boleh dengar suara azan berkumandang, bacaan dalam solat pun jelas kedengaran. Pernah beberapa kali aku ikut solat berjamaah di masjid. Bila azan berkumandang aku bersiap. Sampai sana sempat takbir bersama imam. Dekat kan!... Terasa diri ini juga DEKAT dengan Yang Maha Esa, Yang Maha Mencipta.

Bukan tu saja, tazkirah lepas solat pun dengar sebiji-sebiji kata orang. Pernah satu pagi, aku terdengar jelas suara ustaz beri tazkirah. Katanya..."Allah Maha Kaya dan tak kedekut. Oleh sebab itu mintalah apa hajat kita padaNya. Lambat atau cepat permohonan kita akan ditunaikan kerana Dia Maha Kaya. Kerna Dia Maha Pemurah. Macam kita manusia juga, kalau kita minta dengan orang kaya potensi untuk dapat apa yang kita minta amat cerah. Cuma cepat atau lambat saja. Tapi kalau kita minta sesuatu dengan orang miskin susah peluang untuk dapat sebab dia sendiri tak cukup atau pun tak ada. Macam mana nak bagi pada kita. Mohonlah, rayulah pada Allah bersungguh-sungguh. Sebagaimana bersungguh-sungguhnya kita minta sesuatu daripada ibu dan ayah, sampai kita dapat. Macam tu lah kita bersungguh-sungguh dengan Allah. Dia mesti bagi. Insyaallah..."

Aku khusyuk mendengar suara ustaz. Keadaan aku masa tu memang lemah. Aku terduduk. Hati kecilku berbisik. "Ya Allah...aku hanya bergantung harap pada Mu. Pada Mu aku memohon dan meminta. Kau makbulkanlah permintaanku. Kau Tuhan Yang Maha Lembut, Kau lembutkanlah hati-hati yang keras. Kau tautkanlah hati-hati kami dengan Rahman dan Rahim Mu. Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran pada kami untuk menempuh ujian Mu tanpa merosakkan iman kami. Kau berilah kesabaran pada kami untuk menghadapi dugaan dan rintangan demi mencari bahagia yang tersembunyi. Sesungguhnya segala ujian Mu itu adalah tanda kasih sayang Mu pada kami. Agar kami sentiasa menangis merayu pada Mu. Aku merayu pada Mu Ya Allah...kasihilah daku, sayangilah daku selalu, sebagaimana aku merayu kekasihku agar sentiasa mengasihi dan menyayangiku...AMIN YA ALLAH...


"SESUNGGUHNYA LEBIH SAYANG KEPADA HAMBA-HAMBANYA MELEBIHI KASIH SAYANG WANITA KEPADA ANAKNYA" - HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

Selasa, 21 Ogos 2012

UJIAN ALLAH TANDA RINDUNYA

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kasih Allah terhadap hambanya melangit luas lebih dari kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...sesungguhnya Engkau sentiasa hampir denganku. Tetapi aku jauh dengan Mu. Aku alpa untuk sentiasa dekat dengan Mu. Aku leka tika hati ku girang gembira.

Hari ini Kau mencuit hati kecilku lagi. Sebak, sesak untuk kesekian kalinya. Aku tahu, dan aku yakin sepenuh hati ku...bahawa Kau rindu pada ku. Kau rindu aku menyebut nama Mu bertalu. Kau rindu aku rebah bersujud pada Mu. Kau rindu aku lena dalam pelukan kasih Mu. Ya Allah...


"INGATILAH ALLAH DIWAKTU SENANG, MAKA ALLAH AKAN MENGINGATIMU DIWAKTU SUSAH"

Jumaat, 17 Ogos 2012

JAGALAH HATI

Hati adalah seketul darah dalam diri hamba Allah. Jika baik hati itu maka baiklah seseorang manusia. Jagalah hati. Jangan sampai ada iri hati. Jagalah hati...jangan sampai membenci. Biar buta mata jangan buta hati. Buta mata hanya tak boleh nampak dunia. Sebaliknya jika buta hati segala kebaikan akan terselindung dari pandangan. Dek kerana hati manusia boleh mati.

Sakit hati? Ya Allah...jauhilah aku daripada perasaan itu. Berzikirlah duhai hati, ingatilah Allah selalu, agar kau sentiasa dilindungi. Bertasbihlah hati, agar kau dikasihi Ilahi. Kekalkanlah hati kami untuk sentiasa mengingati Mu. Hindarilah hati kami dari lalai untuk menyebut nama Mu Ya Allah. Kasih ALLAH kekal abadi... kasih manusia hanya ketika bersama. Bila berpisah hilanglah ia.

Basahkan bibirmu dengan menyebut nama Allah... supaya resah di hati mu hilang sudah. Ya Allah... Kau lapangkanlah dadaku, Kau tenangkanlah fikiranku, Kau lembutkanlah jiwaku, Kau sejukkanlah hatiku. Kerana Kau Maha Tahu...
Aduhai hati...

Isnin, 13 Ogos 2012

PASRAH

Kata orang "Allah hanya menguji hambanya yang mampu". Ya Allah, mampukah aku untuk menerima ujian ini?...

Kata orang "setiap kali kita sakit Allah akan gugurkan dosa kita". Ya Allah, akan gugurkah dosa-dosa ku yang lalu?...

Kata orang " Allah beri kita sakit kerana Dia sayangkan kita". Ya Allah, sayangilah daku kerana tiada insan yang akan menyayangi ku sehebat kasih dari Mu...

Kata orang "Allah menguji kita kerana Dia mahu kita sentiasa rindu padanya". Ya Allah, Kau jadikanlah aku hamba yang sentiasa rindu pada Mu...


"ADAKAH KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA PADAHAL KAMU BELUM DIDATANGI UJIAN SEPERTI YANG DIALAMI OLEH ORANG DAHULU..." (SURAH AL-BAQARAH: AYAT 214)

Selasa, 7 Ogos 2012

NIKBAK

Nikbak ni sejenis juadah berbuka puasa yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau nak makan nikbak tunggu la bulan Ramadhan. Nak tengok nikbak bulan-bulan biasa memang tak dapat. Kalau mengidam pandai-pandai la cari makcik-makcik yang pandai membuatnya. Aku memang hantu nikbak. Tak sah berbuka kalau tak dapat makan nikbak. Tapi sekarang disebabkan duduk jauh dari Kelantan pandai-pandai la kontrol. Dapat makan sekali-sekali pun jadi la.

Di sini saya tunjukkan cara macam mana nak menyediakan nikbak. Mudah sangat. sebab nikbak kita beli yang mentah.

Pertama sekali masakkan air gula. Masukkan daun pandan dan bunga cengkih. Air gula tu biar manis sikit. Kalau kurang manis nikbak mudah hancur bila kita alihkan dalam bekas hidangan nanti. Nak tau manis ke tak, masa air gula tengah menggelegak tu dah pun berbau wangi atau manis.

Sambil-sambil tunggu air gula betul-betul masak, susun la nikbak tu dalam bekas atau mankuk. Pastikan bekas yang digunakan tu boleh menenggelamkan nikbak. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. kalau besar sangat bekasnya banyak kena guna air gula. kalau kecil sangat pun nikbak nanti bertindih-tindih.

Curahkan air gula yang panas tu ke dalam bekas nikbak yang disusun cantik tadi. Biarkan nikbak tu kembang. Kalau nak cepat, tutuplah bekas tersebut. Bila dah agak kembang gebu, nikbak tadi bolehlah dihidang. Nak sedap lagi, simpan dulu dalam peti sebelum dihidangkan waktu berbuka. Sejuk je rasa telan nikbak. Al-maklum la seharian berpuasa...

Isnin, 6 Ogos 2012

RAMADHAN DI KOTA BHARU

Akhirnya sampai juga aku di Qaryah Ramadhan. Satu tempat yang tersohor di Kota Bharu pada bulan puasa. Tahun 2011 aku mula kenal tempat ni melalui FB. Kalau tahun lepas termimpi-mimpi nak datang sini. Tahun ni jadi kenyataan. Alhamdulillah...
Hari Pertama berpuasa di KB



Alhamdulillah...sekali lagi aku mengucapkan syukur bila melihat anak-anak ku memegang mashaf al-Quran. Mereka tidak mahu ketinggalan membaca ayat-ayat suci al-Quran bila melihat semua orang yang berada di Qaryah membaca al-Quran. Beginilah suasana dan keadaan di Qaryah selepas solat Maghrib.
 
Hari Kedua, di KB
Hari Ketiga, di PCB
Hari Terakhir, berbuka satu keluarga sebelum balik KL

Ahad, 5 Ogos 2012

SEPETANG DI QARYAH RAMADHAN









Sabtu, 4 Ogos 2012

HOTEL POLITAN KOTA BHARU

Hotel Politan ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.  Beralamat di Lot 1121 Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu Kelantan. Nak shopping senang. Nak makan senang. Nak jalan-jalan pun senang sebab depannya hentian teksi Kota Bharu. Dengan stesen bas pun dekat. Lagi-lagi kalau sakit, Klinik Perdana bawah bangunan ni je.


Kalau tengok kelengkapan bilik memang la, ala-ala rumah kampung. Macam almari bilik aku zaman remaja dulu. Cantik lagi rasanya. Hihi... Tapi tak kisah sangat sebab sekali-sekali balik kampung nak tumpang mandi dan tidur je. Daripada menumpang rumah orang baik duduk hotel ni. Maklum la kami ni ramai. Riuh rendah pulak tu. Harganya pun tak la mahal sangat. Harga dari RM 60 hingga RM80. Bergantung pada jenis katil. 


Tengok tu, ada TV. Sebelum terlelap boleh menjamu mata. Tapi biasanya kalau dah sibuk meronda di siang hari, balik malam mandi solat terus je tidur. TV tengok kita. Pernah aku tidur hotel badjet kat Kota Damansara sebab tugas. Harga RM150 tapi takde TV dan almari pun. KL la katakan...


Tengok la keluarga aku. Ni baru empat orang. Sorang lagi tak ada. Ni pun dah besar-besar. Kalau 3-4 tahun lepas lagi la harunya nak menumpang rumah orang. Sekali dia orang berperang bergegar rumah orang, tak kira la rumah batu ke rumah kayu. Hahaha...Alhamdulillah sekarang ni dah kuran sikit sebab dah sekolah menengah dua orang. Cerdik la sikit. Boleh diharap jaga adik-adik. Harapkan pagar pagar makan padi, sesekali dia la yang menyakat adik-adik sampai riuh rendah dalam bilik. Segan pulak takut orang bilik sebelah dengar. Itulah anak-anak ku...


Ini pemandangan dari bilik aku. Paling dekat kedai roti & kek, Sebelahnya stesen bas. Tapi tak nampak. Yang tinggi sekali sebelah kiri tu Parkson. Depannya The Store. Sebelah parkson tu pulak pasar besar Siti Khadijah. Tempat yang menjadi tumpuan orang ramai kalau datang ke Kelantan. Termasuk la aku. Setiap kali balik kampung mesti pegi situ untuk cari keperluan nak bawa balik ke Kajang. Kan senang tu. Hari ni jalan agak sesak sebab cuti hari Isnin sempena Nuzul Quran. Ramai la warga KL yang balik kampung untuk berpuasa dengan keluarga. Termasuk la aku sorang ni. Dapat berpuasa sehari dua dengan insan tersayang...

Khamis, 2 Ogos 2012

PUDING RAJA


Puding raja ni terkenal di negeri Pahang. Ia menjadi hidangan di majlis keraian raja-raja. Itu zaman dulu la. Sekarang ni di mana-mana pun ada hidangan puding ni. Aku dapat resepi ni pun masa menetap di Pahang la. Kat Pekan lagi. Asal ada majlis di sekolah, ada aje puding ni. Memang sedap. Tapi agak sukar untuk membuatnya, sebab wajib ada jala mas. Aku tak pandai sangat buat jala mas ni, tapi boleh la...Bila dah ada jala mas yang lain tu sonang ajo...


Hari ni hari bertuah bagi aku. Ada kawan bagi jala mas dari Terengganu. Apa lagi, terus teringat nak buat puding raja untuk berbuka puasa. Balik sekolah terus pergi pasaraya mencari-cari bahan lain untuk buat puding. Antaranya susu cair, buah prune, buah ceri, fruit coktail. Dan yang paling susah nak dapat pisang emas. 

Cara membuatnya? Alahai...teramat la sonang. Pisang emas celup telur dan digoreng terlebih dulu. Lepas tu susun la semua bahan tadi dalam mangkuk. Taburkan jala mas. Tuangkan sos. Cara buat sosnya satu tin susu cair + tiga biji kuning telur diblend dengan satu tin air (tin susu tadi). Tabahkan setengah cawan gula pasir. Kacau hingga endidih. Sejukkan. Tuangkan sos bila nak hidang. Siap. Kan senang!...


Selamat mencuba...

CATATAN POPULAR