Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 30 Mei 2012

RONDA-RONDA KOTA RAYA

Terasa hati nak bawa anak-anak jalan-jalan musim cuti. Tapi tak tau mana nak pergi. Apa kata kita jalan-jalan ronda kota raya. Anak-anak aku pun nama je dok orang Selangor tapi tak pernah ke mana-mana sejak lima tahun kebelakangan. Putrajaya sakan la.


Agak lewat juga kami sampai KL. Dah masuk waktu solat Zuhur rupanya. Sebagai orang Islam dan satu cara mendidik anak-anak, aku singgah Masjid Negara. Tunaikan yang wajib dulu sebelum meronda. Betulkan!!!


Senget je senyuman. Lapar agaknya. Maklumlah, kami keluar rumah tadi hampir-hampir jam 12 tengah hari. Tapi ada yang dah makan nasi pun. Saja je, asal berjalan dan nampak makanan terus lapar depa ni.






Isnin, 28 Mei 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG






Ahad, 27 Mei 2012

SEPAGI DI PANTAI SABAK


Kepulanganku ke KB kali ini aku di bawa ke Pantai Sabak. Inilah kali pertama aku ke sini. Terima kasih daun keladi. Lain kali bawa la lagi.





Isnin, 21 Mei 2012

HADIAH HARI GURU 2012

TERIMA KASIH...THANK YOU...SYUKRAN...
Terima kasih yang tak terhingga ustazah ucapkan pada murid-murid yang bersusah payah beri ustazah hadiah. Sebenarnya setiap guru tidak mengharapkan balasan hadiah, cukup bagi kami bila murid yang kami ajar menjadi seorang yang berjaya.
Hadiah dari anak murid

Hadiah dari Cikgu (tukar-tukar hadiah tu...)

Hadiah Cabutan bertuah

Ahad, 20 Mei 2012

HI-TEA @ MAEPS STEAMBOT








Khamis, 17 Mei 2012

HARI BAHAGIA SEORANG CIKGU


Hari bahagia 2012. Penampilan yang berbeza dari tahun lepas. Senyuman pun berbeza. Lebih manis dan ceria. Syukur pada Mu Ya Allah. Tahun demi tahun hidup ku lebih ceria dan bermakna. Alhamdulillah.

Tugas saya tak pernah berubah. tetap jadi jurufoto. tetap dan berpencen. tapi sebelum mulakan tugas apa kata kita melaram dulu. Kalau tak pastinya gambar saya tak ada dalam album Sambutan Hari Guru 2012. Ini tak adil. Gambar orang lain bukan main banyak, gambar kita sendiri tak ada. Dalam kelam kabut mencari orang minta tolong ambil gambar kami, GB En Mustafa Kamal datang menawarkan diri nak tolong kami. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu.


Selepas acara perarakan, ucapan perasmian majlis oleh guru besar, baca perutusan, macam biasa kami cikgu dan cikgi akan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Akur janji para guru untuk mendidik anak bangsa. Anak murid tercinta. Masa ni la pun kami berpeluang menyanyi. 

Nyanyi Lagu Kami Guru Malaysia
Manis senyuman tahun ni ustazah!
Persembahan kumpulan GB

Acara sukaneka

Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012










Ahad, 13 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU






Khamis, 3 Mei 2012

PPIM MAIN MASAK-MASAK










Selasa, 1 Mei 2012

PESTA BUKU 2012

Hari ni 1 Mei. Cuti. Niat hati nak bawa anak-anak jalan-jalan ke pesta buku. Tahun ni tinggal dua orang je, boleh la bawa. Kalau ramai macam tahun-tahun lepas takut pulak hilang. Maklum la, orang ramai yang amat.


Masuk-masuk je dewan pameran, nampak seseorang yang sangat aku kenal. Prof Dr Muhaya. Suaranya sering keudara di radio IKIM.FM. Ingat lagi tahun lepas, segala nasihat dan kata-kata perangsang untuk wanita, aku rasa seolah ditujukan pada aku. Aku ambik, aku kutip dan aku guna pakai kesemuanya. Alhamdulillah...aku menjadi seorang yang sabar dan menerima segala takdir untuk aku. Terima kasih Prof.. Petang tadi, aku rebut peluang untuk bergambar dengan beliau. Wah...seronok rasanya. Maklumlah, sebelum ni hanya dengar suara di radio dan tengok wajahnya di TV Astro Oasis. Hari ni hari bertuah bagi aku...dapat berjumpa dan bersembang lagi dengan insan yang aku kagumi. 


Wah...Telaga Biru!!! Satu nama yang tersohor. Kat sini la paling lama aku memilih buku. Buku-bukunya menarik. Penulisnya hebat-hebat. Kalau boleh semua buku nak beli. Yang paling aku suka buku yang ditulis oleh saudara Pahrol Mohd Juoi. Falsafahnya tinggi, tapi diolah dengan gaya bahasa yang mudah difaham. Sangat menyentuh perasaan. Kat sini la jugak budak dua orang ni gelisah menunggu. Puas merengek uminya tak bergerak-gerak juga.




La...dah senget dah badan? Baru sikit beli buku. Penat katanya. Membebel dia uminya lama memilih buku.


“Semuanya indah, bila bercinta kerana Allah.
Bertemu tidak jemu. Berpisahnya tidak gelisah…”
                                                        --Pahrol Mohd Juoi

CATATAN POPULAR