Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Memaparkan catatan dengan label BTPN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BTPN. Papar semua catatan

Isnin, 19 Ogos 2013

JAMUAN RAYA BTPN

Alhamdulillah...walaupun bukan warga negara, aku masih dijemput sama-sama menyambut kemeriahan hari raya. Dapat juga beraya bersama rakan seperjuangan. Walaupun cuma setahun jagung, namun banyak penalaman yang dikutip di sini untuk dijadikan bekal kerja di sekolah. Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

Rakan PTP Ladies
TQ...saya dapat sijil perkhidmatan...

Jumaat, 7 Jun 2013

KURSUS PEMURNIAN PORTAL




Khamis, 6 Jun 2013

KURSUS + LAWATAN CAMERON HIGHLANDS


03 Jun 2013, peserta kursus seramai 20 orang bertolak ke Cameron Highlands. Kami dibawa ke sini untuk diberi pendedahan tentang Portal. Bagaimana cara untuk update program dan aktiviti kami dalam portal Joomla. Memang menarik. Tiga hari kami di sini.

Kursus kali ni tak la padat sangat. Habis waktu pejabat je. Petangnya kami berpeluang meronda. Aku dibawa ke ladang teh di Tanah Rata. Subhanallah...Sungguh cantik alam ciptaan Allah. Aman dan tenang bila memandang pemandangan hijau. Sesuai dengan jiwa ku. Tak nak balik rasanya ke hotel.


Mak oiii... sampai ke bawah juga akhirnya. Mula-mula sampai punya la gayatnya tak nak turun. Tapi semangat punya pasal, turun juga akhirnya. Nak kutip pengalaman memetik daun teh. Tu la dia. Tapi tak lama kami berpeluang memetik daun teh sebab tiba-tiba hujan turun sangat lebat. Kelam suasana. Tak nampak dah kehijauannya. Dah bertukar kegelapan. 

Lepas penat petik daun teh, kami singgah di sini. Entah apa nama tempatnya. Rasanya Cameron Valley Teh. Lebih kuranglah. Kami oder teh massala. Memang sedap. Minum pula -panas masih panas. Waktu hujan lebat. Rasa macam musim banjir masa kat kampung sewaktu usia kanak-kanak. Wah!!! Nostalgia gitu. Bila hujan reda kami bertolak balik ke hotel. Makan malam menunggu.


Lepas solat Maghrib kami berkumpul di cafe untuk makan malam. Steamboat. Tapi perut ku masih kenyang minum petang dan sanwich di ladang teh tadi. Bila tengok steamboat teringat kursus tiga minggu lepas. Betapa nakalnya peserta lelaki masukkan telur sebiji-sebiji dalam sup. Naik meremang bulu tengkok melihat keadaan tu. Pastinya kali ni tak akan berulang lagi kenakalan tu.

05 Jun 2013, tamat sudah kami berkursus. Lepas makan tengah hari kami bertolak pulang. Sempat lagi menyinggah di ladang stawberi. Kami singgah di Raaju's Hill Strawbery. Dapat la merasa makan coklat aiskrim strawberi dan waffale strawberi. Ilmu dapat. Pengalaman dapat. Merasa makanan pun sempat. Terima kasih UPICT kerana memilih ku untuk berkursus sekali gus memberi peluang dan pengalaman baru.

Khamis, 16 Mei 2013

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME



14 Mei 2013, hari kedua kami di Rosa Passadena. Inilah peserta kursus pdari kalangan "ladies". Kami sampai awal di bilik kursus. Apa lagi, ambil peluang bergambar kenangan. Kalau peserta lelaki ada malu pulak. Inilah peluangnya. Mereka belum sampai. Kebetulan pulak kami pakai sedondon.




Inilah rupa waktu kami sedang berbengkel. Sepanjang masa mengadap laptop. Naik kabur biji mata. Tapi beginilah tugas kami. Taklimat pemantauan, SPS, eSPLG, Hrmis dan yang paling penting SKT. Semuanya online. Maklumat di hujung jari. Tak jumpa PC laptop sebagai ganti. Tak dapat tab smart phone pun jadi...
Pagi ni, peserta kursus dibawa melawat ke SK Convent, Cameron Highlands. Sebuah sekolah yang hebat. Mempunyai banyak jaringan dengan sekolah-sekolah dari luar negara.
Inilah pandangan dari dalam pusat sumber SK Convent. Kami sempat berkenalan dan bergambar dengan GPMnya.khabarnya orang Kelantan. Tapi tak sempat nak berkenalan sebab jadual lawatan kami padat. Jam 2 petang sambung kursus semula.

15 Mei 2013. Ini suasana kursus hari ketiga. Slot pertama pagi ni ceramah Visi & Misi Kehidupan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahadi Awang, dari YADIM. Permulaan ceramah, kami diminta sama-sama mengalunkan nasyid Asma' Al-Husna.
Petangnya pula sesi shopping menyoping. Apa lagi seronok la kaum ibu. Tak kurang juga kaum bapa. Kalau kaum hawa shopping sakan untuk bawa buah tangan dari Cameron buat buah hati kami, anak-anak yang ditinggalkan selama seminggu. Kaum Adam pula shopping hadiah untuk isteri yang ditinggalkan. Katanya kalau tak bawa buah tangan nanti merajuk. Susah nak pujuk.


Lepas shopping, perut pun lapar. Kami segera balik ke hotel. Makan malam kami dah tersedia di sana. Di sana dah tersedia makan malam untuk kami. Steamboat. Ada kelainan malam ni.
16 Mei 2013. Hari terakhir kami di Rosa Passadena. Maknanya petang ni kami akan bertolak balik. Seronoknya. Terpancar keseronokan di wajah masing-masing. Maklumlah, dah naik tepu otak dok sini lama-lama. Apa pun, banyak ilmu yang kami dapat.




Rabu, 15 Mei 2013

SK CONVENT CAMERON HIGHLANDS











Ahad, 16 Disember 2012

JALAN-JALAN KE UTARA


Cuti-cuti Malaysia. Wahhh!!!...tahun ni berjalan sakan nampaknya. Bermula di  Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan destinasi terakhir Langkawi. Empat buah negeri aku jelajah dalam masa empat hari. Mana nak cari peluang terbaik macam ni.

Bermula 12.12.2012, kami bertolak jam 8.30 pagi. Negeri pertama yang kami lawati ialah di negeri Perak. Maklumlah, negeri pertama yang kami tempuhi dalam perjalanan menuju ke utara tanah air. Kami melawat di Jana kuasa Hidro Elektrik Temenggor. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang pusat-pusat janakuasa yang terdapat di Malaysia. Antaranya di Tasik kenyir Terengganu, Pergau di Kelantan dan lain-lainnya di Perak. Sebenarnya lawatan ke sini sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa pentingnya berjimat cermat daam penggunaan elektrik. Alhamdulillah...ada kesedaran. Dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan kami, aku demam selsema. tak tahu kenapa. Nasib baik ketua rombongan kami prihatin dan membawa aku ke farmasi untuk mendapatkan ubat. Lepas makan ubat aku terus tidur. Orang lain keluar lagi malam tu ronda-ronda dan makan-makan.

Hari kedua 13.12.2012, kami melawat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Kulim Kedah. Selepas makan tengah hari di ADTEC, kami bertolak pula ke Pulau Pinang. Singgah di PKG Gelugur. Satu-satunya PKG di Pulau Pinang. Sedikit taklimat dari PTP 1. Kami dihidangkan dengan makan yang sangat sedap. Tapi sayang aku tak tahu apa namanya. Alhamdulillah...kami kekenyangan hari ni dua kali makan tengah hari. Selepas selesai makan, kami bergerak pula ke Bukit Bendera. Naik kereta api mendaki bukit Bendera. Ini kali kedua aku berpeluang naik Bukit Bendera. Pertama kali aku ke sana nun tahun 1993. Hampir dua puluh tahun yang lepas. Masa tu kereta apinya tak berpintu. Menjelang petang kami singgah di Komtar. Sebenarnya nak membeli belah jeruk di sekitar situ. Tercekik aku, walaupun cuma merasa tiga keping jeruk. Terus stop. Bimbang diserang 'athma'. Bimbang menyusahkan orang sekali lagi. Malamnya kami makan nasi kandaq sponsur UMNO cawangan Sungai Geluguq. Alhamdulillah free lagi makan malam kami. Selepas bersalaman dengan pemilik restoran Mami Azizah, kami menuju ke Pesta Pulau Pinang 2012. Cuma jalan-jalan.

Hari ketiga 14.12.2012,  sepatutnya rombongan kami bertolak jam 6.30 pagi lagi. Tapi atas kecuaian aku dan teman sebilik, kami lewat setengah jam. Kami tak sedar langsung. Kepenatan agaknya. Maklumlah, hampir jam 2 pagi tidur malamnya. Malu juga rasanya. Prinsip aku dah tercemar. Prinsip aku 'jangan sampai orang tunggu aku, aku tunggu orang boleh la tahan'. Selepas lebih kurang sejam setengah perjalanan, kami sampai di BTPN Perlis. kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Selepas tu ada sedikit taklimat. Kami bertolak menuju ke Jeti Kuala Perlis. Nak ke Langkawi pulak. Kami naik feri jam 10.30 pagi. Sampai di Langkawi kami makan singgah di PKG Kuah. Makan tengah hari. Sekejab saja kami di situ sebab orang dah nak solat Jumaat. Kebetulan pula mereka tak bekerja hari Jumaat. Hari minggu mereka. Apa pun terima kasih kami ucapkan atas kesudian menerina kedatangan kami. Lepas tu kami menuju ke tempat penginapan kami di Pekan Kuah. Kami menginap di Motel Medee. Selepas mandi dan solat, kami di bawa oleh pemandu pelancong ke KILIM GEOFOREST PARK. Wah!!!...Seronok naik bot mengelilingi pulau-pulau sekitar Langkawi. Sayangnya hujan lebat waktu tu. Pulau Kasut cuma dapat lihat dari jauh saja. Apa pun memang seronok dapat tengok helang, masuk gua kelawar dapat tengok batu mencari matahari. Di perkampungan nelayan dapat pula tengok belangkas. Kalau sebelum ni dengar namanya saja. Hari ni boleh tengok rupa bentuknya.

Lebih kurang jam 5.00 petang, kami balik semula ke pengkalan. Dari sini bermulalah era 'shopping menyoping'.  Jam 5.30 petng kami sampai di Idaman Suri. Mabuk semua orang. Aku cuma beli coklat je kat situ. Lepas tu, kami ke pekan pula. Katanya di sini banyak kedai. Boleh pilih kedai mana nak masuk. Bawa duit je. Kami diberi peluang shopping sampai malam sebab tempat penginapan kami dekat saja dengan pekan. Boleh balik jalan kaki. Apa lagi. Dari satu kedai ke satu kedai aku berjalan. Sorang diri. Beli beg sekolah anak, coklat untuk anak. Kain batik sarung dan kain pelekat. Bila nak balik kami sesat. Nasib baik ada dua orang pemuda yang baik hati carikan tempat tinggal kami dan tunjuk jalan balik. Terima kasih banyak-banyak. Baguih betoi pemuda Langkawi ni na!... Jam 11.00 malam kami sampai ke bilik.Penat ada, takut pun ada, lapaq juga dok ada. Apa dok tunggu lagi, selepas simpan barang di bilik kami berdua keluaq lagi nak makan. Al-maklum la...dah tau jalan kan!...

Hari terakhir 15.12.2012, lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak ke jeti. Feri yang akan membawa kami pulang katanya jam 10.30 pagi. Sempat lagi aku meronda-ronda. Mencari-cari sesuatu. Hadiah untuk diri sendiri belum beli lagi rupanya. Cenderamata untuk insan-insan tersayang semua dah beli. Untuk diri sendiri belum lagi. Alamak!!!... Mana boleh. Dalam kesibukan mencari, kawan telefon mereka dah beratur nak masuk ke jeti. Sedihnya. Takper lah...lagi pun aku nak pergi KL minggu depan. Mungkin di sana nanti ada rezeki aku. Dalam kesibukan memujuk hati, aku terdengar pengumuman kelewatan tiba feri yang menuju ke Kuala Perlis. Ha...ni la peluang aku. Aku cabut keluar semula. Sempatlah aku membeli hadiah birthday aku bulan depan. Beli awal takper...Pakai awal pun takper...asalkan beli. Itulah juga prinsip hidup aku. Menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan untuk diri sendiri. Kita sayang orang kita belikan dia macam-macam hadiah. Kenapa kita tak belikan sesuatu hadiah untuk diri kita sendiri sebagai tanda sayang pada diri sendiri? Itulah aku...

Sampai di rumah lebih kurang jam 1.00 pagi. Sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan. Seronok berjalan. Tapi penat badan.  Bukan penat sebab tak cukup rehat, tapi sebab duit banyak habis.

Selasa, 6 November 2012

"JOOMLA" DI BTPN PAHANG


4 - 7 November 2012

Hari Kedua: Pembinaan Portal Wordpress

Hari Ketiga: Joomla
Hari keempat: Sedang aku leka sendiri, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk membuat pembentangan tentang hasil kursus empat hari di sini. Joomla pulak tu. Apa lagi. Nak elakkan rasa takut dan gugup aku tunjuk la blog sendiri. Maknanya aku dah pun ada blog dan apa yang aku belajar empat hari ni untuk penambahbaikan. Terima kasih urusetia dan juga penganjur kursus ini.

Khamis, 25 Oktober 2012

PENGALAMAN JADI MC


Boleh percaya ke??? Bak kata Dato' Siti Norhaliza...PERCAYALAH... Jangan tak percaya. Baru dua minggu aku bertugas di sini aku dah pun diberikan tugas yang amat berat bagi aku. Mana taknya, aku ditugaskan menjadi pengerusi majlis bagi acara peringkat daerah. Bila 'bos' arahkan aku jadi MC aku angguk je la. "Sami'na wa ato'na". Masa tu aku terus berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Insyaalah...

Pendaftaran GPB
Guru Penyelaras Bestari
KUICT dan PTP1
Pengerusi Majlis

Bukan tak pernah jadi MC. Selalu. Tapi di peringkat sekolah je la. Depan anak murid. Apa nak takut budak-budak je. Berleter pun laju. Majlis kali ni lain. Mesyuarat guru-guru penyelaras bestari peringkat daerah lagi. Orang-orang yang begitu asing bagi aku. Bukan makhluk asing tau!... 

Tengok tu, dalam dewan pun sempat lagi mereka-reka pantun. Yang paling susah ialah macam mana nak buat ayat nak ulas ucapan-ucapan yang disampaikan oleh perasmi atau penceramah. Ya Allah...sungguh mencabar. Inilah pengalaman pahit yang manis bagi aku. Apa pun Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Berkat doa, usaha dan ikhtiar.

Rabu, 24 Oktober 2012

TRW vs ATM











Isnin, 22 Oktober 2012

BENCHMARK KE BTPN N9










CATATAN POPULAR