Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
Selasa, 24 Julai 2012
Isnin, 23 Julai 2012
Khamis, 12 Julai 2012
PARENTING @MAAHAD MUHAMMADI
Tahun ni merupakan tahun kedua anak sulung ku berada di Maahad Muhammadi Lilbanin. Dah dua tahun rupanya. Sedar tak sedar dah tingkatan dua la rupanya. Baru tahun lepas aku hantar masuk tingkatan satu. Menangis-nangis dia nak aku pindah balik Kelantan. Sampai sekarang tak dapat-dapat.
Tahun juga merupakan kali kedua aku dipanggil balik ke sana untuk menghadiri perjumpaan ibu bapa dengan guru. Ambil slip peperiksaan pertengahan tahun. Demi anak, apa saja umi sanggup lakukan.
JASA IBU
Sebagai tanda syukur dan tanda terima kasih atas segala jasa emak ku, malam tadi aku bawa mak dan anak-anak makan satey. Kajang memang terkenal dengan satey. Kebetulan pula mak baru sebut-sebut nak makan satey sebelum menjelangnya Ramadhan. Elok sangat la aku bawa mak ke sana. Terima kasih mak kerana selama ini bersusah payah menjaga kami anak beranak.
Selasa, 10 Julai 2012
APC 2012
Pn Nazli, Pn Norizrawati, Pn Zainab & En Abd Wahid |
Penerima APC bergambar bersama GB En Mustafa Kamal |
Penerima APC 2011 |
Terima Kasih SKBTK
Terima Kasih En Mustafa Kamal b Hj Jamlus
Terima Kasih En Mohd Razak b Kanapiah
Terima Kasih Pn Noraiza bt Awang
Terima Kasih En asran b Khalil
Terima Kasih semua Guru
Terima kasih
Thank You
Syukran
2012 TAHUN REZEKI
Alhamdulillah...2012 adalah tahun bertuah bagiku. Aku dapat kembali sesuatu yang berharga dalam hidupku, yang hilang sebelumnya. Dan...hari ini 10 Julai 2012, sekali lagi aku mendapat limpah rezeki dari Yang Maha Esa. Aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih ku ucapkan kepada para pentadbir SK Bandar Teknologi Kajang, kerana memilih dan memberi peluang kepada ku untuk merasai menerima anugerah tersebut.
Jumaat, 6 Julai 2012
RESTORAN NASI KUKUS ZAKINI
Macam biasa, tiap kali balik Kelantan aku hanya nak makan nasi lauk kampung. Hari ni lambat sikit kami keluar makan. Nak makan tengah hari tapi keluarnya jam 5 petang. Sah-sah kedai makan banyak yang dah tutup. Tapi, kami dah tahu restoran yang satu ni sampai petang bukanya. Aku dah selalu pun makan kat sini. Yang bestnya ada ayam percik, ikan percik, paling best ada perut ayam percik. Masa kecik-kecik dulu je makan. Lama dah tak jumpa lauk ni. Jumpa kat sini rupanya. Rezeki la tu...
Istimewa kat sini ialah nasi kukus. Lauk pauknya yang menjadi tarikan bagiku ialah ulam-ulaman. Maklum la anak jati Kelantan tak boleh tinggal budu kalau makan. Tak kira la penyakit yang ada. Elegik letak belakang. Yang penting makan selera. Ala...sekali sekala masa balik kampung je pun.
Tengok la sebarisan lauk pauk yang tersedia untuk dipilih. Sungguh menyelerakan. Bagi orang yang gemar makan lauk kampung la. Ikan keli pelbagai jenis masakan. Ikan keli goreng, ikan keli percik, ikan keli gulai. Ayam pun sama. Ada kerutuk daging. Macam-macam ada...
Selain dari nasi kukus istimewa, restoran Nasi Kukus Zakini juga ada menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Kali ni aku ternampak pulut mangga. Dah lama aku dengar orang cerita tentang kelazatannya. Tapi inilah kali pertama aku jumpa. Apa lagi...tak nak lepas peluang la. Pulutnya macam pulut ketupat dan santannya santan yang dimasak pekat. Amat berbeza dengan pulut durian kegemaran aku. Yang mana pulutnya pulut tawar dan santan cair. Sedap juga tapi aku tak gila makan macam aku makan pulut durian.
Sayangnya aku tak pasti kat mana letaknya restoran ni. Sebab tiap kali pegi orang bawa. Takde la aku nak perhatikan jalan-jalannya. Cuma yang aku tahu, dari Kota Bharu nak ke PCB akan lalu restoran ni. Selalu jugak balik dari PCB nak ke Maahad Lilbanin, aku singgah makan kat sini. Satu jalan je, tak payah masuk-masuk simpang lagi. Maaf la ya, sebab tak boleh nak bagi jalan yang tepat. Insyaallah...kalau balik lain kali nak perhatikan jalannya.
Rabu, 4 Julai 2012
Isnin, 2 Julai 2012
KHALIFA SUITES KOTA BHARU
Hotel baru. Lokasi strategik. Depannya masjid Muhammadi. Belakangnya Restoran Nasi Ulam Cikgu. Kiri kanannya Bazar Tengku Anis, Bazar Buluh Kubu. Sekelilingnya muzium. Memang seronok menginap di sini.
Kalau berkeluarga ambil bilik Deluxe Suites. Lengkap dengan ruang dapur. Meja makan pun ada. Memang selesa la...
Bila masuk waktu solat boleh turun solat berjamaah di Masjid tersohor di Kota Bharu. Masjid Muhammadi. Biasanya kalau menginap di hotel yang jauh dari masjid, nak solat tertanya-tanya dah masuk waktu ke belum. Tapi hotel ni boleh berjemaah lagi. Bagus kan?...
Khalifa Suites Hotel & Apartment, Seksyen 7, Hadapan Masjid Muhammadi, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu Kelantan. Tel: 09-7474977 / 097474377 / 097477677. Alamat dan nombor telefon dah ada. Tunggu apa lagi...
RESTORAN NASI ULAM CIKGU
Hari raya pergi ke Pahang,
Pakai baju bersulam-sulam,
Kalau balik negeri Cik CT Wan Kembang,
Tak sah kalau tak makan nasi ulam...
Bagi yang berminat untuk merasa keenakan dan keistimewaan nasi ulam cikgu bolehlah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cari lokasi restoran ni senang je. Pergi aje ke Kampung Kraf tangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu Kelantan. Jumpa la. Nampak tak papan tanda dia yang kuning tu? Masuk je terus...
Restoran Nasi Ulam Cikgu ni menyediakan masakan selera kampung. Ada ikan keli goreng, ayam kampung goreng, ikan patin asam pedas, yang best sekali terdapat bermacam-macam jenis ulaman. Cicah dengan budu. Fullamakkkk...tak nampak mak mertua lalu kat belakang. Hahahaha...tu cerita orang tua dulu-dulu. Memang la tak nampak dah lalu pun ikut belakang. cuba lalu ikut depan mesti nampak punya.
Masa saya sampai sini lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Peminat setia nasi ulam dah pun penuh. Sebab tu kalau saya datang lambat ulam dah habis.
Meja yang saya duduk ni dalam bilik berhawa dingin. Nyaman. Boleh makan pedas-pedas. Takder le berasap. Hihi... Masa ni saya datang dengan famili. Tengok tu pinggan nasi keliling meja.
Nah...ini dia antara menu kegemaran saya. Ikan keli goreng. Besar tau. Sekor ikan tu kena potong dua bila nak letak dalam pinggan. Satu lagi tu asam pedas ikan patin. Pun sodap. Tapi hari ni tak ada ulam-ulamam. Yang ada cuma timun dan kacang panjang. Sebabnya saya datang lambat. Lebih kurang jam 3.00 petang. Tak dapek la den nak makan ulam sodap-sodap.
Tu dia...ini bangunan baru. Siap sedia dengan tempahan. Tunggu orangnya datang je. Pada papan tanda merah atas tu ada nombor telefon lagi. Sapa yang dah meleleh air liur nak merasa nasi ulam cikgu, boleh la dail nombor yang tertera tu...
Ada satu lagi tempat restoran nasi ulam cikgu ni di Pengkalan Chepa. Jalan Padang Tembak. Lagi best. Lapang. Bangunannya pun menarik. Ala kampung. Ada la dua tiga kali saya ke sana. Tapi banyak ke Kota Bharu je sebab dekat. Moh la kiter...Tunggu apa lagi...
Ada satu lagi tempat restoran nasi ulam cikgu ni di Pengkalan Chepa. Jalan Padang Tembak. Lagi best. Lapang. Bangunannya pun menarik. Ala kampung. Ada la dua tiga kali saya ke sana. Tapi banyak ke Kota Bharu je sebab dekat. Moh la kiter...Tunggu apa lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Peringkat ketiga penghimpunan al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. dan beliau sendirilah yang menga...
-
PENGENALAN Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh juga dikatakan sebagai tu...
-
T erdapat beberapa keistimewaan yang dapat dicungkilkan dan diberi perhatian. Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah: Bersifat...
-
1. AMANAH Amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul. Ia bermaksud menunjukkan kejujuran dan sikap tidak menyimpan...