Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 6 Julai 2012

RESTORAN NASI KUKUS ZAKINI

Macam biasa, tiap kali balik Kelantan aku hanya nak makan nasi lauk kampung. Hari ni lambat sikit kami keluar makan. Nak makan tengah hari tapi keluarnya jam 5 petang. Sah-sah kedai makan banyak yang dah tutup. Tapi, kami dah tahu restoran yang satu ni sampai petang bukanya. Aku dah selalu pun makan kat sini. Yang bestnya ada ayam percik, ikan percik, paling best ada perut ayam percik. Masa kecik-kecik dulu je makan. Lama dah tak jumpa lauk ni. Jumpa kat sini rupanya. Rezeki la tu...



Istimewa kat sini ialah nasi kukus. Lauk pauknya yang menjadi tarikan bagiku ialah ulam-ulaman. Maklum la anak jati Kelantan tak boleh tinggal budu kalau makan. Tak kira la penyakit yang ada. Elegik letak belakang. Yang penting makan selera. Ala...sekali sekala masa balik kampung je pun.

Tengok la sebarisan lauk pauk yang tersedia untuk dipilih.  Sungguh menyelerakan. Bagi orang yang gemar makan lauk kampung la. Ikan keli pelbagai jenis masakan. Ikan keli goreng, ikan keli percik, ikan keli gulai. Ayam pun sama. Ada kerutuk daging. Macam-macam ada...


Selain dari nasi kukus istimewa, restoran Nasi Kukus Zakini juga ada menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Kali ni aku ternampak pulut mangga. Dah lama aku dengar orang cerita tentang kelazatannya. Tapi inilah kali pertama aku jumpa. Apa lagi...tak nak lepas peluang la. Pulutnya macam pulut ketupat dan santannya santan yang dimasak pekat. Amat berbeza dengan pulut durian kegemaran aku. Yang mana pulutnya pulut tawar dan santan cair. Sedap juga tapi aku tak gila makan macam aku makan pulut durian. 

Sayangnya aku tak pasti kat mana letaknya restoran ni. Sebab tiap kali pegi orang bawa. Takde la aku nak perhatikan jalan-jalannya. Cuma yang aku tahu, dari Kota Bharu nak ke PCB akan lalu restoran ni. Selalu jugak balik dari PCB nak ke Maahad Lilbanin, aku singgah makan kat sini. Satu jalan je, tak payah masuk-masuk simpang lagi. Maaf la ya, sebab tak boleh nak bagi jalan yang tepat. Insyaallah...kalau balik lain kali nak perhatikan jalannya.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR