Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 12 Julai 2012

PARENTING @MAAHAD MUHAMMADI



Tahun ni merupakan tahun kedua anak sulung ku berada di Maahad Muhammadi Lilbanin. Dah dua tahun rupanya. Sedar tak sedar dah tingkatan dua la rupanya. Baru tahun lepas aku hantar masuk tingkatan satu. Menangis-nangis dia nak aku pindah balik Kelantan. Sampai sekarang tak dapat-dapat.

Tahun juga merupakan kali kedua aku dipanggil balik ke sana untuk menghadiri perjumpaan ibu bapa dengan guru. Ambil slip peperiksaan pertengahan tahun. Demi anak, apa saja umi sanggup lakukan.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR