Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 29 September 2012

KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM

Cicoh budu ase lima woh peta...mari kito pakak gi rama-rama...
Entah berapa kali sehari aku dengar promo kat radio IKIM.FM. Terasa sangat nak pegi sama. Alhamdulillah...hari ini aku sampai jugak di sini. Boleh tinjau-tinjau. Tapi sayang orang tak la seramai Jom Heboh. Tapi mungkin pagi lagi kut. Petang-petang mungkin orang datang berpusu-pusu kut...



Tengok la sendiri...

Jumaat, 28 September 2012

MAJLIS PERPISAHAN PK1

Minggu lepas, kami dikejutkan dengan berita pertukaran setara para GPK seluruh daerah Hulu Langat. Besra-besaran. Di sekolah kami, sampai dua orang PK ditukarkan. PK Kurikulum dan PK Ko-Kurikulum. PK Koku buat rayuan. Jadi, hari ini berlangsunglah majlis perpisahan untuk PK1. Syahdu, sayu, pilu...


En Mohd Razak diarak dengan paluan kompang menuju ke tapak perhimpunan oleh pasukan elit kompang sekolah. Diiringi oleh En Mohd Syahrul Pengerusi BKG dan Pn Norzilawati Naib Pengerusi BKG. Kebetulan pula Pn Norzilawati adalah SU Kurikulum, memang orang kanan Cikgu Razak. 


Semasa pengerusi majlis menyampaikan , nampak juga riak muka sayu cikgu Razak untuk meninggalkan SKBTK. Maklumlah, beliau adalah orang 'orang besar' pertama di sekolah ni. Tahun 2003 SKBTK mula beroperasi, ciku Razak adalah PK pertama yang bertugas sebagai PK1 juga merangkap GB. Sebab beberapa bulan pertama GB belum datang. Namun, perkhidmatan beliau lebih diperlukan di sekolah baru.


Semasa memberi ucapan terakhir, banyak nasihat yang ditinggalkan oleh cikgu Razak kepada murid-murid tak ketinggalan juga untuk kami para guru. Paling terharu apabila cikgu peempuan minta cikgu Razak membuat persembahan terakhir untuk kami. Beliau terkenal di kalangan kami guru yang bersuara lunak. Kalau hari guru tak sah kalau cikgu Razak menyanyi. Meremang bulu roma bila mendengar beliau menyanyikan lag-lagu 80-an dan 90-an. Aku ingat lagi hari guru tahun 2008, cikgu Razak and the geng nyanyi lagu 'Masihkah Kau Ingat'. Aku tak boleh dengar. Aku terpaksa lari menyembunyikan diri dalam kereta. Tahun berikutnya beliau nyanyikan lagu 'Permata buat Isteri'. Tajam menusuk kalbuku. Untuk terakhir kalinya, hari ini cikgu Razakk tak menghampakan permintaan kami. Beliau nyanyi lahu 'Penantian' dari Zubir Ali. Semua cikgu perempuan menitiskan air mata. Sayu...


Ini pula sesi penyampaian hadiah. Kami ahli panitia Pendidikan Islam tidak ketinggalan menyediakan hadiah untuk cikgu Razak. Aku dengan Pn Norlaila ditugaskan untuk membelinya. Harap-harap cikgu suka hadiah yang kami pilih. Hadiah disampaikan oleh KP kami Pn Najihah bt Lateh.


Sesi bersalaman dengan semua murid. Inilah peluang terakhir untuk murid-murid bersalaman dengan cikgu Razak. Lepas berakhirnya bulan September ni belum tentu berpeluang untuk bertemu. Maklumlah, tinggalnya pun berlainan tempat. Sekolah pula berbeza, agak susah untuk bersua muka. Selama tinggal sebumbung ni pun waktu sekolah je nampak muka cikgu Razak.


Yang ni pula sesi 'wajib'. Ini cikgu-cikgi sesi pagi. Bergambar kenangan bersama cikgu Razak. Lepas ni, kerusi cikgu Razak tu akannampak wajah lain la pula. Biasa la tu, mana-mana tempat pun perkara yang sama akan berlaku. Kalau tahun lepas, bertukarnya wajah GB, tahun ni bertukar pula wajah PK1. Wajah PK HEM pun dah berubah. Tapi tak terasa sangat sebab dia baru setahun jagung bertugas di sekolah ni. Kesayuannya tak berapa menusuk kalbu kata orang. 


Yang ni pula cikgu-cikgi sesi petang. Aku dijemput datang ke sekolah petang ni. Katanya jam 4 petang ada majlis untuk sesi petang pulak. Aku menurut perintah. Turut ada bersama GB dan penyelia petang Pn Aisyah. Sayangnya, tak semua cikgu sesi pagi dan sesi petang ni ada. Ada yang berkursus dan ada juga yang cuti. Kalau semua ada pasti ramai lagi sebab bilangan semua guru di SKBTK ialah 86 orang. Meriah... Apa pun, selamat bertugas di sekolah baru diucapkan pada Cikgu Razak. Terima kasih atas teguran dan nasihat juga ilmu yang cikgu berikan sepanjang cikgu menjadi 'bos' kami. 

Sabtu, 22 September 2012

1 OKTOBER

Hari ni hari Sabtu. Kami warga pendidik Lembah Klang sekolah ganti. Tu la...seronok sangat cuti raya panjang. Hari orang semua bercuti kita terpaksa bekerja. Masa cuti bukan main seronok. Bila ganti tuhan saja yang tau perasaannya. Tak kata orang lain. Kata pada diri sendiri la. Apa pun ada seronoknya sekolah ganti ni. Anak murid tak ramai. Bila buat latihan cikgu boleh tanda semua buku murid. Mana taknya. Separuk kelas murid tak datang. Ada yang mak ayah balik kampung. Pergi kenduri. Macam- macam la.

Hari ni? Aku banyak habiskan masa di pejabat. Staf pejabat tak ada hari ni. Takder la segan sangat mundar mandir dalam tu. Sebenarnya aku dok uruskan borang pertukaran. Keluar masuk bilik GB. Maklumlah...dah nak habis tempohnya aku baru isi on-line. Agaknya aku pemohon yang ke 2000. Mana tau bertuah orang isi last. Lagi satu sebab, aku dok tunggu telefon. Hajjah Wan janji nak telefon hari ni. Ada masalah sikit pasal penginapan. Rombongan tinggal dua minggu je lagi. Aku yang telefon dia. Bla bla bla tak selesai-selesai gak. Sebab tu la semua orang dah balik aku tak balik-balik lagi.

Akhirnya...jam hampir 2.00 petang. Aku ambil keputusan keluar pejabat. Nak balik dah. Tiba-tiba...jeng jeng jeng... Aku diberitahu GB panggil aku. Alamak!!! Ada apa ya? Aku call tadi cakap kuat ke? GB dengar ke masalah tu? Adoooiii... Aku memberanikan diri melangkah masuk bilik GB. Dia tunjukkan gambar cikgu cikgi yang aku bagi pagi tadi. Dah siap dia edit. Cantik. GB suruh aku duduk. Aku jawab: "tak nampak la gambar kalau saya duduk cikgu". Ya la gambar yang dia tunjuk tu dalam komputer. Jawabnya selamba: "bukan nak bincang pasal gambar, pasal ni". Sambil dia tunjukkan aku sepucuk surat. "boleh tidur lena dah". Sambungnya lagi..."Alhamdulillah, terima kasih cikgu...".Rupanya ada hikmah aku balik lambat hari ni.

Ya Allah...aku mohon keberkatan dari Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala takdirku...Engkau yang merancang dan Engkau jua yang menentukannya... Jadikanlah takdir Mu ini yang TEEBAIK bagi ku... Aminnn Ya Allah...

Jumaat, 21 September 2012

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

Nama mu tetap segar diingatan...Terima kasih atas segalanya.



Khamis, 20 September 2012

KURSUS ASAS TARANNUM







Rabu, 19 September 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2012











Isnin, 17 September 2012

AYAH DAN KENANGAN





Ahad, 9 September 2012

AL-FATIHAH UNTUK AYAH...

 Ayahku terkenal dengan panggilan Pakda Haron. Kalau sekitar Bachok sebut Pakda Haron Insya Allah orang akan kenal. Aku anak bongsu ayah. Membesar dengan ayah. Manja dengan ayah. Dari kecil lagi aku kerap ditinggalkan dengan ayah kerana emak sibuk menjaga cucu di KL.

Ayah... tahun ni genap 19 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Kami redha. Kerana kami tahu ayah telah kembali kepada Penciptanya. Setiap yang hidup akan mati. Pergimu buat selamanya di tempat yang sangat mulia. Dengan cara yang paling baik. Ayah ku menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat, 17 Ramadhan di Masjid Pak Pura (nama sebenarnya aku tak tahu), Beris Kubur Besar Kelantan. Masa tu ayah sedang sampaikan kuliah Jumaat untuk ahli qaryah situ. 

Ayah... entah mengapa, anak mu ini terlalu merindui mu kini. Mungkinkah...! Entahlah... Kalau tahun-tahun yang lalu, bila rindu aku sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah. Hilang rindunya. Tapi kini, cara tu tak menjadi. Tak berkesan langsung. Malah rasa rindu pada ayah kian menebal. Aku menangis tersedu-sedan.

Ayah... aku masih ingat zaman remaja ku. Setiap kali aku ada masalah, seluruh badan ku terasa menggigil. Gementar. Longlai. Lemah. Layu. Takut. Gelisah. Semua ada. Setiap kali itulah ayah akan buat 'air tawar' untuk aku minum. Kalau tak elok juga aku akan dimandikan aku dengan air itu sambil dibacakan ayat-ayat penawar bagi memulihkan semangat ku. Terima kasih ayah.

Ayah... kini kau tiada lagi untuk memulihkan semangat ku. Aku layu sendiri. Terkulai keseorangan. Tiada siapa yang tahu. Ku gagahkan diri untuk bangkit. Sendirian. Keseorangan. Tiada lagi 'air tawar' ayah untuk aku minum. Tiada lagi ayah untuk mandikan aku. Kalaulah ayah masih ada...hidup ku mungkin tak sederita ini. Semangat ku mungkin tak selemah ini. Perasaanku mungkin tak segelisah ini.

Ayah... kalaulah ayah masih ada... walau ku tahu ayah tak mungkin kembali lagi. Yang menghubungkan kami hanyalah doa. Akan sentiasa aku sedekahkan al-Fatihah buat ayah. Segala amalan kebaikan ku pahalanya akan mengalir terus pada ayah. Kerana aku anak ayah. Aku juga murid ayah. Ayah mengajar ku membaca Al-Quran, ayah mendidik ku dengan didikan agama. Ayah juga mengajar ku bahasa Arab, Qawaid, Tauhid, Feqah, Usul Feqh dan semua subjek yang aku belajar di sekolah menengah Arab. Ayah ku memang HEBAT. Aku bangga dengan ayah. Terima kasih duhai ayah ku...

Al-Fatihah buat ayah...

Jumaat, 7 September 2012

SEMANGAT OH SEMANGAT

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi. Semalam, hari ni semangat aku hampir pulih. Dapatlah aku buat kerja dan tugas-tugasku yang terbengkalai hampir dua minggu. Maklumlah...sejak mula sekolah selepas raya semangat aku hilang. Hilang bersama kuih raya agaknya. Yang aku mampu buat hanyalah datang sekolah kemudian masuk kelas. Habis kelas aku menyorok di meja aku yang sedia tersorok tu. Nak senyum pun malas. Apatah lagi nak bercakap dan bertegur sapa.

Tapi...hari ini saja aku berjaya menulis 200 buah stok buku baru untuk sesi 2013. Masih ada lagi baki 262 buah buku. Kalau tak ada apa-apa aral esok atau lusa boleh siap. Mungkin ini tugas aku yang terakhir untuk SPBT tahun ini. Sejak mula aku bertugas di SKBTK, memang aku diletakkan bawah Jawatankuasa SPBT. Sampailah sekarang. Hujung-hujung tahun macam ni memang banyak sikit kerja. Buku teks untuk tahun depan mula sampai. Kena la kami ajk kira stok. Tulis nombor perolehan. Lepas tu akhir tahun pulak sibuk kutip buku dari mula. Semak buku rosak. Baik pulih. Lepas tu bagi buku untuk tahun depan pulak. Itulah kerja kami guru-guru Ajk SPBT.
Syabas betey...

Rabu, 5 September 2012

AIDILFITRI 2012


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar...La Ilaha Illahu Wallahu Akbar...Allahu Akbar Walillahilhamd. Bergema takbir raya. Sayu rasa hati. Sesekali rasa gembira menyambut hari kemenangan mengharungi bulan Ramadhan. Seawal jam 6.00 pagi aku kejutkan anak-anak bangun untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian bersiap untuk menunaikan solat Idul Fitri di masjid berhampiran.

Seperti biasa, selepas siap memakai baju raya, kami sekeluarga akan menjamah juadah sebelum turun ke masjid. Sunat makan dulu sebelum solat sunat hari raya bagi hari raya puasa. Sebab dah sebulan kita menahan lapar dan dahaga bagi mendidik jiwa. Berlainan dengan solat sunat hari raya korban. Sunat kita solat dulu balik baru makan. Jadi...ini sajalah juadah kami hari raya tahun ni. Aku cuma hidangkan kek, maruku dan air kosong untuk anak-anak. Hidangan pun tak beralas. Biasanya penuh meja aku hidangkan dengan ketupat pulut, ketupat nasi, rendang daging kuah kacang dan kuih muih pencuci mulut. Bukan apa...tahun ni kami beraya di Kelantan. Sewa rumah pun untuk sepuluh hari saja. Alhamdulillah...kami bersyukur ada rumah untuk beraya. Terima kasih...







Isnin, 3 September 2012

BERAYA DI PELANGI

Wah!!!...jauhnya beraya tahun ni. Di pelangi. Pastinya indah kan? Ya...aku mengejar pelangi nan indah. Pelangi pasti akan datang selepas hujan, petir dan guruh di siang hari.

Yang jauh berkirim salam... yang dekat berkunjung-kunjungan...maaf dipinta dan diberi...semoga ikatan berkekalan abadi... Itulah antara lirik lagu yang mengingatkan kita tentang adat kunjung mengunjung yang semakin pupus. Terutama di bandar. Tak kata orang lain, aku sendiri rasa segan untuk pergi rumah orang kalau tak dijemput. Sebenarnya konsep tu salah atau tak tepat digunakan pada hari raya. Kita digalakkan ziarah menzirahi untuk mengeratkan silaturrahim sesama Islam.

Dari Ali r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang telahmenziarahi saudara seislamnya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika pagi maka 70 000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu petang. Jika waktu petang, maka 70 000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu pagi". (HR Ibnu Majah dan Abu Daud)


Ini anak-anak aku dan anak-anak cikgu Ayu. Namanya pun hampir sama. Fahman dengan Afham. Lain sikit je, tapi makna yang sama.


Anak-anak aku kalau datang sini, takde benda lain yang diterkamnya. Buku besar. Tak pun mainan. Buku rumah cikgu Ayu ni pelik-pelik sikit. Teruja la budak-budak ni.


Sehari sebelum datang beraya, aku buat muka tak malu WhatsApp dengan dua orang sahabat baik aku ni. Aku nak datang beraya. Masak la sedap-sedap. Sebenarnya hari ni aku nak datang rumah terbuka GB. Di Taman Pelangi juga. Nawaitu aku nak singgah beraya rumah mereka. Sekali harung kata orang. Tak la berkali-kali menempuh 'jem'. Tengok tu...penuh hidangan atas meja. Ada laksa, ada rendang dengan nasi impit. Terima kasih sahabat.

Memang dah lama kami tak berkunjungan. Bertemu muka pun tak. Last sekali bulan Januari dulu, mereka datang rumah aku. Aku masak nasi dagang sempena birthday aku yang ke...(hihi...malu nak tulis) Dah dewasa benar aku ni. Tapi perangai tetap tak berubah rasanya.

"Cikgu Ayu...'! Itulah lagu yang memang dia suka. Boring-boring kawan-kawan upload lagu tu kat FB dia. Kena dengan orangnya. Namanya Ayu. Orangnya memang ayu. Kalau dia marah mahu gugur jantung. Hahaha...tapi kami kawan-kawan boleh gelak je. Ingat tak cikgu Ayu, pengawal tu kena marah? Tapi sebenarnya dia bukan marah. Kami faham benar. Marah-marah pun cikgu tetap ayu...


Ni pulak rumah mami. Tak cukup meja nak letak makanan. Banyak sungguh. Tercabar ke mami? Mentang-mentang la aku suh masak sedap-sedap.  Ada soto, ada nasi briani, ada rendang juga. Dan yang aku order 'beledo'. Memang mami buat. Beledo air tangan mami memang sedap. Habis aku makan. Anak-anak pun berkali-kali makan soto mami. Sedap sangat. Sebenarnya bukan anak je. Uminya sekali...


Tak puas duduk rumah mami. Maklum la rumah baru. Cantik pulak tu. Kena dengan citarasa aku. Luar rumah ala-ala bali. Dalam rumah berkayu-kayuan gitu. Uhhhh...Tak nak balik boleh tak mami?...Nak duduk kat luar tu je. atah wokah tu...damai, tenang, hilang stress. Ribuan terima kasih buat dua orang sahabat ku mama dan mami...


"...HITUNGLAH NIKMAT ALLAH YANG DIANUGERAHKAN KEPADAMU SEBAGAI GANTI DARI MENGHITUNG PENDERITAANMU..."

Ahad, 2 September 2012

PANTUN RINDU

Credit to NadirahIsmail

Kajang sudah hujan lebat,
Kota Bharu cuma awan mendung,
Hati resah apakah ubat,
Rasa sakit sampai ke jantung...

                                                           Sarapan dulu di gerai Mak Esah,
                                                           Campur bersama mee dan bihun,
                                                           Baru seminggu kita berpisah,
                                                           Tapi rasa macam setahun...

Pagi raya hidang ketupat,
Mari dihidang bersama laici,
Bertemu berpisah memang adat,
Bilakah boleh berjumpa lagi?...

                                                         Hidang ketupat di atas meja,
                                                         Tetamu hadir cukup dirai,
                                                         Jika tak dapat bersua muka,
                                                         Suaraku dengar sudah memadai...

Air hijau perisa pandan,
Air hitam perisa longan,
Biarpun kita sentiasa berjauhan,
Jauh di mata di hati jangan...




"Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah : 155)

Sabtu, 1 September 2012

NASIB GURU AGAMA

Kalau dicongak, campur tolak kali bahagi la...dah 15 tahun rupanya aku bergelar guru. Anak murid panggil aku ustazah. Ooo...aku ni guru agama rupanya. Buat-buat lupa pulak ya? Dulu kan sekolah menengahnya di sekolah arab. Lepas tu sambung ke Maktab Perguruan Islam. Sah-sah la ustazah. Selama 15 tahun ni dah lima buah sekolah aku mengajar. Dua buah sekolah di negeri Pahang. Tiga buah sekolah di Selangor. Semuanya sebab ikut suami.

Lepas habis maktab aku posting di Pekan Pahang. Kampung abang Jib. Ya la...pernah sekali pergi rumah terbuka abang Jib kat Pekan tu. Sebelum pindah Selangor. Nak merasa... bukan apa. Tahun 1999. Awal tahun 2001 aku mula bertugas di Selangor. Rupanya dah 11 tahun aku mengajar di Selangor ni. Patut la rasa berkobar-kobar nak pindah. Dah empat kali aku isi  e-GTUKAR. Tapi sayang, golongan seperti aku yang berstatus "guru agama" memang susah nak masuk negeri-negeri pantai timur.

Seingat aku, sekitar tahun 2006/2007 ada seorang ustazah di sekolah mohon pindah ke Terengganu sebab suaminya bertugas di sana. Dua ke tiga tahun juga mengisi borang pertukaran. Tak dapat-dapat. Akhirnya dia minta kursus dalam perkhidmatan. Tukar opsyen. Baru dapat masuk Terengganu. Astaghfirullah al-Azim... Aku cuba mohon KDP awal tahun 2010 dulu. Bukan sebab nak pindah sekolah, tapi nak "tukar angin" kata orang. Ya la...masa tu aku baru habis kontrak belajar. Sayangnya KDP mula dihapuskan tahun tu atas sebab kerajaan tak ada bajet. Melepas aku. 

Sekarang ni lagi la rasa tertekan bila minta pindah tak pernah dapat. Setiap kali aku pergi pejabat kat Putrajaya tu, alasan yang sama aku dengar. Dah naik kembang telinga aku mendengarnya. Katanya "guru agama penuh kat sana. Sana kan pengeluar produk agama. Orang luar yang masuk sana pun seronok duduk sana tak nak keluar-keluar. Yang minta masuk ribu-ribu tapi yang mohon keluar cuma 40 orang saja". Lima kali aku pergi lima juga la aku dengar ayat tu. Pernah juga aku bagi pendapat aku. "Apa kata guru yang baru nak posting jangan postingkan di sana. Bagi dulu peluang kita orang yang nak balik negeri ni balik dulu. Guru baru tu letak tempat kita orang sekarang. Baru adil". Hik hik hik... Dah panas telinga dengar cakap dia biar dia pulak panas telinga dengar aku bercakap. Nak tau apa jawab pegawai tu?... "cikgu/ustazah...takkan kami nak biarkan semua guru kat sana sama baya. Bukan nak kata tua-tua semua...(dalam hati aku nak tergelak pun ada. Yang lain tu aku dengar telinga kanan aku keluarkan terus kut telinga kiri. Malas. Sama je).
Kalau macam tu la, sampai bila-bila pun kami guru agama tak akan dapat pindah masuk ke negeri pantai timur. Yang pencen berapa kerat je. Pastu depa ganti pulak dengan guru baru posting. Sampai bila nasib kami macam ni?...lu pikir la sendiri...


"KEBAHAGIAAN SEORANG LELAKI TERLETAK PADA KALIMAT YANG KELUAR DARI MULUT SEORANG WANITA"

CATATAN POPULAR