Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 5 September 2012

AIDILFITRI 2012


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar...La Ilaha Illahu Wallahu Akbar...Allahu Akbar Walillahilhamd. Bergema takbir raya. Sayu rasa hati. Sesekali rasa gembira menyambut hari kemenangan mengharungi bulan Ramadhan. Seawal jam 6.00 pagi aku kejutkan anak-anak bangun untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian bersiap untuk menunaikan solat Idul Fitri di masjid berhampiran.

Seperti biasa, selepas siap memakai baju raya, kami sekeluarga akan menjamah juadah sebelum turun ke masjid. Sunat makan dulu sebelum solat sunat hari raya bagi hari raya puasa. Sebab dah sebulan kita menahan lapar dan dahaga bagi mendidik jiwa. Berlainan dengan solat sunat hari raya korban. Sunat kita solat dulu balik baru makan. Jadi...ini sajalah juadah kami hari raya tahun ni. Aku cuma hidangkan kek, maruku dan air kosong untuk anak-anak. Hidangan pun tak beralas. Biasanya penuh meja aku hidangkan dengan ketupat pulut, ketupat nasi, rendang daging kuah kacang dan kuih muih pencuci mulut. Bukan apa...tahun ni kami beraya di Kelantan. Sewa rumah pun untuk sepuluh hari saja. Alhamdulillah...kami bersyukur ada rumah untuk beraya. Terima kasih...







Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR