Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Memaparkan catatan dengan label SKBP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKBP. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2018

WORLD #QURANHOUR @SKBP

Dalam al-Quran, ada 27 tempat Allah mengulang perkataan 'ajaba' atau ajaib dalam bentuk pelbagai.

Ada ajaib yang dibenarkan dan ada ajaib yang tidak digalakkan.

Apabila kita memahami ajaib yang dibenarkan dan betul, ia akan membantu kita bermotivasi dalam kehidupan seharian.

Salah satu ajaib yang perlu kita rasakan ialah takjub kepada al-Quran sebagaimana dalam Surah al-Jin ayat 1.

Setiap Jumaat, apabila membaca Surah al-Kahf ada perkataan ajaba dalam ayat 9.


Ia adalah teguran Allah kepada orang yang hanya takjub pada perkara yang amat pelik, tetapi tidak takjub pada ayat-ayat atau petanda Allah yang lain.







Sabda Nabi Muhammad SAW, "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu"
Sama-samalah kita menjaga Allah dalam lisan, hati, fikiran dan kehidupan kita.

Ahad, 3 Jun 2018

JOM NGAJI @SKBP

Beberapa hari saja lagi… Insya Allah




Isnin, 21 Mei 2018

PESERTA TADARRUS PUTERI

Program Tadarrus Puteri ini terdiri daripada 21 orang anak-anak puteri yang terpilih. Mereka adalah anak-anak puteri yang telah khatam al-Quran dan baik bacaannya. 

BIL
NAMA PESERTA
KELAS
1
DAMIA BINTI ROSLEE
6A
2
ALLIA AMALLINS BINTI ROSLI
6A
3
ANIS NADZIRA BINTI SHAMSUDDIN
6A
4
NUR ADRIANA AMNI BINTI MOHD NAZI
6A
5
NUR AZMINA BINTI ZAKARIA
6A
6
NUR AWATIF ASHRAFF BINTI ABDULLAH
6A
7
NUR QISTINA SOFEA BINTI MUDA
6A
8
NUR SHAHADA SHAMIRA BINTI SHAIMI
6A
19
NUR ZARITH NAJIHAH BINTI RUSLY
6A
10
NUR SAFIAH BINTI OMAR
6B
11
SITI NUR AMINAH BALQIS BINTI ZAMRI
6B
12
ZULIA AISYA BINTI ROSLI
5A
13
NUR AINUN SOLEHAH BINTI MAT RONI
5A
14
NUR ATIKAH BINTI AMRI
5A
15
NUR ATISYA SYAQIRAH BINTI RAMLI
5A
16
NUR HANIS BINTI MOHD ZAKI
5A
17
NURUL AFIKAH BINTI RIZUAN
5A
18
NURUL AIN ARISSA SOFEA BINTI MUHAMED ABDAN
5B
19
SITI NURZULAIKHA IZMIAH BINTI ABD HALIM
5A
20
MIRZA SYAHIRAH BINTI ISHAK
5A
21
NUR ALLYA DAMIERA BINTI RAMLI
5C

Khamis, 26 April 2018

RMTS

Assalamualaikum...
Bagi salam dulu la sebab dah lama tak update blog. Minggu ni minggu duty ustazah untuk kali kedua tahun 2018. Sambil-sambil bertugas menjaga RMTS, terlintas untuk ambil gambar. Bukan apa, sebab anak-anak RMT minggu ni sungguh berdisiplin. Datang awal untuk makan, senyap semasa makan. Takut ustazah kut... Apa pun Alhamdulillah.










Rabu, 25 April 2018

CERAMAH ISRAK MIKRAJ


Pagi ni ada ceramah Isra' Mikraj. Minggu ni minggu usztzah and the geng bertugas. Lpeas makan RMT murid-murid digesa terus ke dewan Seri Panchor. 
Alhamdulillah, selepas isi perut isi pulak minda dengan ilmu-ilmu agama, kisah bagaimana nabi Muhammad saw berisrak dan mikraj.

Ustazah tak kenal dengan penceramah ni. Tapi dengar dari muqaddimah dia perkenalkan dirinya sebagai Us Hadi. Untuk lebih mesra dia gelarkan dirinya 'abi" denagn anak-anak didik. 

Bagus la abi ni, dari muqaddimah hingga ke akhir sesi ceramah anak-anak didik SKBP memberi sepenuh tumpuan dan perhatian.
Dalam ceramah abi selitkan juga lagu-lagu zikir dan doa-doa. Anak-anak didik ustazah hari ni khusyuk sangat mendengar ceramah agama. Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih abi...

Jumaat, 20 April 2018

TEAM BOLA JARING SKBP

Tahun 2018 ni merupakan tahun kedua ustazah menguruskan permainan bola jarring dan sekaligus pasukan bola jarring sekolah.







Sabtu, 20 Mei 2017

KEM BESTARI SOLAT 1/2017

Kem Bestari Solat Siri 1 akhirnya Berjaya dilaksanakan pada hari ni 20 Mei 2017, setelah tertangguh selama tiga minggu. Penangguhannya disebabkan oleh pertembungan tarikh dengan aktiviti anjuran PPD Bachok dan aktiviti sekolah terpaksa dilakukan segera.

Alhamdulillah, hari ini KBS dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun kami guru-guru Pendidikan Islam telah bertugas di sekolah dan PPD Bachok setiap minggu. Sabtu hari ini merupakan Sabtu keempat kami bertugas. Apa pun kami betulkan nawaitu relakan hati bertugas demi anak didik.


Selasa, 16 Mei 2017

HADIAH HARI GURU 2017

Ku abadikan gambar hadiah hari guru tahun ini di sini...

Terima kasih anak didik ustazah
Hadiah yang amat berguna buat insan bergelar guru
Terima kasih Wafi...ustazah suka hadiah ni
Kesukaan anak-anak ustazah...TQ sayang
Hadiah yang sangat berguna di dapur ustazah... TQ
Pemberian ini akan menghiasa meja dan dinding rumah...TQ

Isnin, 15 Mei 2017

PELANCARAN HIP

Today is English day.




Highly Immersive Programme atau HIP adalah program di bawah dasar MBMMBI iaitu Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. HIP diwujudkan di bawah memperkukuhkan Bahasa Inggeris dengan mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris di sekolah. HIP dilaksanakan mulai tahun 2016 beberapa buah sekolah terpilih sahaja dan pada tahun 2018 HIP dilaksanakan di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Sabtu, 13 Mei 2017

PROJEK PATROL DENGGI

Dikir Barat merupakan persembahan pertama Patrol Denggi SK Beris Panchor di tempat awam. Untuk kali ini Team Patrol Denggi membuat persembahan di Pasar Wakaf Zin. Persembahan kedua dan seterusnya bakal menyusul. Adakah di tempat yang sama? atau... tempat yang berbeza?


Seronok juga bertugas di tempat awam ni. Dapat gak cikgu posing. Boleh kurangkan stress di sekolah. Ini baru di pasar pagi. Kalau di mall dua kali seronok gamaknya. Sebenarnya rasa seronok tu sebab kami dapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak.




Terima kasih Ybhg Datuk Hj Radzuan bin Hj Abdullah, kerana turut serta dalam kempen kami. Terima kasih atas sokongan. Datuk turut sama memberikan ucapan dan berkempen mencegah denggi.


Rabu, 3 Mei 2017

BENGKEL JERAYAWARA

Sebenarnya, saya masih tertanya-tanya apa bendanya jarayawara ni? Selepas mengikuti bengkel petang tadi baru saya faham. Maksudnya "road show". Tapi kenapa dipilih nama yang sedemikian? Kenapa tak guna nama biasa road show tu? Apa-apa je lah...sampai situ je yang saya faham. Apa pun, Alhamdulillah sebab nama saya tersenarai untuk mengikuti bengkel ini. Dapatlah tambah ilmu

Penerangan oleh cik Eva SIC BI

Murid kelas abad 21 yang aktif
Tunjuk cara / symbol bagi peta i Think
Gallery walk
Para Pen PPD Bachok yang hensem. Pink gituww...

Selasa, 28 Mac 2017

MTQ ZONPEN 1

Isnin, 16 Mei 2016

HARI GURU 2016

Alhamdulillah, masih berpeluang menyambut hari besar bagi kami. Biarpun sering kali dikatakan "syok sendiri", namun beginilah kami para guru. Kalau tak syok sendiri tak ada orang hargai kami. Hari raya kami, kami yang sambut dan rayakan.

Ikrar warga guru

Ni dah kenapa cikgu?...penat menyanyi ke...?

Tumpang sat... nak merasa gak potong kek hari guru

Warga SKBP 2016

CATATAN POPULAR