Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 25 April 2018

CERAMAH ISRAK MIKRAJ


Pagi ni ada ceramah Isra' Mikraj. Minggu ni minggu usztzah and the geng bertugas. Lpeas makan RMT murid-murid digesa terus ke dewan Seri Panchor. 
Alhamdulillah, selepas isi perut isi pulak minda dengan ilmu-ilmu agama, kisah bagaimana nabi Muhammad saw berisrak dan mikraj.

Ustazah tak kenal dengan penceramah ni. Tapi dengar dari muqaddimah dia perkenalkan dirinya sebagai Us Hadi. Untuk lebih mesra dia gelarkan dirinya 'abi" denagn anak-anak didik. 

Bagus la abi ni, dari muqaddimah hingga ke akhir sesi ceramah anak-anak didik SKBP memberi sepenuh tumpuan dan perhatian.
Dalam ceramah abi selitkan juga lagu-lagu zikir dan doa-doa. Anak-anak didik ustazah hari ni khusyuk sangat mendengar ceramah agama. Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih abi...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR