Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 19 Mei 2014

KAMI DIZIARAHI LAGI


Hari ni merupakan kali kedua kami diziarahi oleh penyelia. Sebelum ni, pada bulan Mac, kami dikunjungi dan diziarahi oleh JPN dan JPP.  Ziarah kali kedua ni kami dikunjungi oleh pihak PPD. Penyeliaan kali ini katanya sebagai ziarah anak beranak. Tuan penyelia cuma menyampaikan sedikit amanat untuk kami. Dua orang pembantunya memeriksa dan membuat seliaan peda buku rekod mengajar kami. 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR