Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 18 Mei 2014

HARI GURU 2014


Tahun ni cikgu berpeluang kembali untuk merasai kemeriahan sambutan hari guru. Tahun lepas cikgu cuma mengintai dari kejauhan kemeriannya. Alhamdulillah, walaupun sambutannya biasa-biasa saja atau pun dengan penuh kesederhanaan, cikgu cukup gembira.



Sambutan hari guru dimulakan dengan majlis perhimpunan rasmi. Kemudian diikuti dengan bacaan perutusan Menteri Pendidikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Ismail bin Omar. Seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan ikrar. Cukup sederhana.

Selepas jamuan ringan, berlansung pula acara perlawanan bola tampar antara guru dan acara sukaneka. Sambutan hari guru diakhiri dengan acara dewan. Iaitu persembahan murid. Ada dikir barat, ada yang bersajak, sketsa dan sebagainya. Cuma yang tak ada persembahan guru. Terkilan juga nak tengok persembahan cikgu. 

Setelah tamat persembahan murid, tibalah acara bertukar-tukar hadiah. Sendiri beli sendiri terima. Itulah cikgu...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR