Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 2 Jun 2017

PERISTIWA 7 RAMADHAN 1438H

                                                                                                                                      انا لله وانا اليه راجعون
                                                                                                                         اللهم اغفرلهم وعافهم واعف عنهم

Berita sedih buat warga Tahfiz seluruh Kelantan khususnya. Van Maahad Tahfiz Al-Hashimi Dato' Adnan Hashim dilaporkan kemalangan di Telekong, Kuala Krai, Kelantan.

14 orang mangsa yang terlibat, 2 orang ustaz dan 12 orang anak-anak Tahfiz Al-Hashimi. Laporan awal mengesahkan bahawa 5 orang anak-anak tahfiz telah meninggal dunia di tempat kejadian. 2 orang meninggal ketika sedang menerima rawatan di hodpital Kuala Krai. Selebihnya cedera.

Dikatakan anak-anak tahfiz ini menuju ke Qariyyah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program Daurah Tafsir Al-Quran pagi ini. ALLAHU AKBAR. Kematian yang indah. Kematian yang amat kami cemburui. Mati di hari Jumaat dalam bulan Ramadhan dan bergerak untuk pergi menuntut ilmu. Syurga Firdaus milik mu.

Semoga ahli keluarga para pelajar tahfiz dan para guru mereka diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Berhentilah bersedih wahai ayah bonda dan keluarga, kerana mereka semua "Syuhada' Ramadhan" yang semestinya syurga bagi mereka.

Pemergian indah yang sangat dicemburui, tetapi sangat perit untuk diterima. Memang tidak dapat bayangkan jika hal ini berlaku pada ahli keluarga sendiri. YA ALLAH kepada MU sahaja kami berserah...

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR