Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 4 Ogos 2018

TRIP TO HATYAI



Hat Yai (Bahasa Thai: Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1′N 100°28′E. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai, oleh itu selalu disalah sangka sebagai ibu kota bagi wilayah tersebut. Namun Songkhla ialah ibu kotanya, tidak seperti wilayah lain di mana bandaraya terbesar merupakan ibu kotanya. Bandaraya ini meliputi seluruh Hat Yai tambon bagi daerah Hat Yai. Kedua-dua bandaraya ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolis Hatyai-Songkhla Besar.

Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat besar.

CATATAN POPULAR