Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2015

RESULT UPSR 2015

Alhamdulillah... kalimah keramat itulah yang terpacul keluar dari mulutku yang sekian lama diam membisu. Takut. Bimbang. Risau. Allahu Akbar, Tuhan saja yang tahu. Agak terlewat sebenarnya kami menggunakan khidmat sms. Katanya biarlah rasa terusa dan suspen untuk ambil result seperti biasa. Ikutnya. Tapi bila tiba di sekolah ramai rakan-rakan yang dah tahu result mereka, akhirnya kami akur untuk menggunakan khidmat sms. Lebih kurang sejam kemudian baru dapat jawapannya. Dalam tempoh satu jam tu kami anak beranak diam tanpa sepatah kata. Asyik pandang handphone masing-masing. Tak sabar menanti jawapan sms. Macam-macam perasaan yang datang. 

Tiba-tiba...ting-ting bunyi handphone si abang. RM0.20 UPSR:030805... DA3211... 5A. Keputusan penuh boleh dapatkan di sekolah. Terima kasih.

Alhamdulillah... baru dapat nyawa rasanya. Barulah kami bertiga macam orang ramai lagaknya setelah kaku sekian lama. Si ampunya bacan pun baru nampak cerah dan ceria. Sebelum ni pucat lesi je muka. Syukur Ya Allah. Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mendidik Fawwaz selama 3 tahun di SK Datu Hashim 1 sehingga beroleh kejayaan. Tidak lupa terima kasih juga pada semua guru di SK Bandar Teknologi Kajang yang telah mengajar dan mendidik Fawwaz mengenal nombor dan angka. Teima kasih cikgu... Jazakallahu khairan kathira...



DEBAR UPSR 2015



Duhai anak, kau tak pernah tahu... debar hati seorang ibu setiap kali anak-anak memduduki peperiksaan. Lebih kencang lagi disaat keputusan diumumkan. Ya Allah...semoga Engkau makbulkan segala doaku agar anak-anak ku beroleh kejayaan cemerlang. Khususnya untuk keputusan UPSR yang bakal diumumkan esok. 

Selasa, 8 September 2015

HARAPAN UPSR 2015


2015...giliran Syamil IV menduduki UPSR. Macam biasa, macam tahun-tahun sudah, anak exam umi yang lebih-lebih berdebar. Ampunya badan selamba menanjang. Apa pun doa dan harapan umi agar Syamil IV beroleh kejayaan dapat 5A sama dengan Syamil I dan Syamil III. Usaha yang sama, doa yang sama, harapan juga sama. Umi tidak punya harta berjuta untuk ditinggalkan kepada anak-anak umi. Apa yang umi mampu sekadar memberikan yang termampu untuk anak-anak umi menuntut ilmu dunia dan akhirat. Semoga Allah memberi kejayaan kepada anak-anak umi...Insya Allah...

Selasa, 30 September 2014

UPSR SIRI 2

UPSR dah lama berlangsung. Bermula 9 September 2014 lagi. Berlangsung selama tiga hari. Kertas terakhir ialah Bahasa Inggeris pada hari Khamis 11 September 2014.

Walau bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia khususnya warga pendidik, anak-anak calon UPSR sndiri, tidak ketinggalan para ibu bapa dikejutkan dengan berita soalan Sains bocor dan ditangguh kan kepada 30 September. Anak-anak calon UPSR cuma menjawab dua kertas sahaja pada 11 September 2014 iaitu BI kertas 1 dan 2. 

Malangnya, sebelah petang diwawarkan dalam berita kertas BI juga bocor. Murid perlu menduduki ujian semula pada hari yang sama dengan kertas Sains. Hari ni 30 September. Nampak pada raut wajah anak-anak ketidakcerian. Mereka dah pun bercuti ke pelbagai destinasi pada  cuti pertengahan penggal 2 yang lepas. Selepas seronok bercuti mereka terpaksa mendudki ujiana semula. 

Khamis, 4 September 2014

TIPS UNTUK CALON UPSR

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR. Tips ini amat berguna untuk dikongsikan bersama. Selamat berjuang dan selamat berjaya bagi semua calon UPSR 2014.

CATATAN POPULAR