Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 15 Disember 2018

PT3 GUAMS 2018

Pertamanya, syukur rezeki daripada Allah swt. Syamil Fawwaz berjaya memperoleh 9A dalam PT3 2018. Umi sangat-sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan anak umi mengecapi kejayaan itu. Walaupun jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang lebih baik pencapaiannya. Umi tetap bangga dengan kejayaan anak umi. Doa dan harapan umi agar anak umi lebih cemerlang dalam SPM 2020 nanti. Insya Allah.

CATATAN POPULAR