Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.

NILAM

1.0 PENGENALAN

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

2.0 MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga sekolah khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

3.2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.

3.3. Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca

3.4. Meningkatkan minat membaca yang berterusan

3.5. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat

3.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

3.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda

3.8. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan

3.9. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR