ISLAM bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Islam berasal dari perkatan Arab (اسلم-يسلم-اسلاما)yang bermaksud tunduk atau patuh. Islam juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.
Dari segi istilah Islam bermaksud cara hidup, iaitu cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di dunia. Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Islam memberi maksud menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan-Nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.Firman Allah dalam Surah Ali Imran: 19 yang bermaksud:-
"Sesungguhnya agama yang diakui di sisi Allah adalah Islam"
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Peringkat ketiga penghimpunan al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. dan beliau sendirilah yang menga...
-
PENGENALAN Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh juga dikatakan sebagai tu...
-
Pengumpulan al-Quran membawa dua maksud iaitu pengumpulan secara hafazan (al-hifz fi as-sudur) dan yang kedua ialah pengumpulan secara pen...
-
Bersandar di pintu. Fikiran melayang entah ke mana. Tiba-tiba aku teringat satu kisah. Tersenyum sendiri. Lucu ada. Kelakar tak kurang jug...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan