Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 8 Jun 2018

WORLD #QURANHOUR @SKBP

Dalam al-Quran, ada 27 tempat Allah mengulang perkataan 'ajaba' atau ajaib dalam bentuk pelbagai.

Ada ajaib yang dibenarkan dan ada ajaib yang tidak digalakkan.

Apabila kita memahami ajaib yang dibenarkan dan betul, ia akan membantu kita bermotivasi dalam kehidupan seharian.

Salah satu ajaib yang perlu kita rasakan ialah takjub kepada al-Quran sebagaimana dalam Surah al-Jin ayat 1.

Setiap Jumaat, apabila membaca Surah al-Kahf ada perkataan ajaba dalam ayat 9.


Ia adalah teguran Allah kepada orang yang hanya takjub pada perkara yang amat pelik, tetapi tidak takjub pada ayat-ayat atau petanda Allah yang lain.







Sabda Nabi Muhammad SAW, "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu"
Sama-samalah kita menjaga Allah dalam lisan, hati, fikiran dan kehidupan kita.

Ahad, 3 Jun 2018

JOM NGAJI @SKBP

Beberapa hari saja lagi… Insya Allah




CATATAN POPULAR