Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 17 Oktober 2010

MEKAR GAGASAN - SUMPAH GURU 1MALAYSIA



























Aduhai, bangsa Malaysiaku                                        

Benarlah kata sang pujangga
Ilmu ibarat pelita, guru bagaikan lilin
Rela membakar diri, menebar ilmu
Jasa dan bakti dicurah tanpa jemu
Cahaya melimpah di segenap penjuru.

Aduhai, bangsaku, bangsa Malaysia

Benarlah, kata Sasterawan Negara
Guru...Dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Guru adalah pemimpin, ditauliahkan segala umat
Seribu katanya menjadi hikmat.

Seorang raja yang memerintah negara
Seorang Perdana Menteri yang memimpin negara
Seorang Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang Peguam yang mengadili bicara
Seorang Jurutera yang merencana pembangunan nusa
Hatta, seorang tukang sapu yang kecil pendapatannya, juga
Sejarahnya adalah dimulakan dari seorang guru biasa.

Kami, Guru Malaysia

Teruja pada sebuah ingatan para warga
Menyulam bangga bila generasi masih menghargai
Berjasa dan berbakti
Mendidik dan memimpin pada pertiwi
Secebis keringat namun bekasnya bersemi
Citra dan cinta murni profesion kami
Ikrar dan janji sampai ke mati.

Aduhai bangsaku, bangsa Malaysia

Pelan induk Pembangunan Pendidikan langkah bermula
Kini melonjak kebersahsilan Kualiti Pendidikan Negara
Transformasi Pendidikan, satu rangka membina bangsa berjaya
Modal insan berperibadi mulia harapan utama
Niat murni,merangka bangsa, dilaksana
Pendidikan Negara Bertaraf Dunia cita-cita bersama.

Aduhai Guruku, Guru Malaysia

Marilah...! Kita bangkit dari lena yang panjang
Memimpin dan memcipta, bangsa merdeka
Demi Malaysia tanah air tercinta
Bumi merdeka - negara nan berdaulat
Keamanan, kemakmuran, kita harumkan.

Bersatu aku di bawa payung Malaysia
Berdiri aku di bawah pohon Malaysia
Berfikir semua sebagai anak Malaysia
Perpaduan Kebangsaan kita semaikan
Menuai hasil berisi, penuh restu di telapak tangan.

Wawasan pemimpin, 1Malaysia, harapan mulia
'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'
Menyentuh kalbu, bertaut kasih pada rindu
Bangsa Malaysia bangkit menjadi bangsa peneraju.

Mari..! Mari, Kita sebarkan
Agenda Pendidikan negara berteras Guru 1Malaysia
Guru 1Malaysia - Penjana Modal Insan Cemerlang
Guru 1Malaysia - Pembina Negara Bangsa Gemilang
Guru 1Malaysia - Pemangkin Pendidikan Terbilang.

Guru 1Malaysia
Tidak rela rumah Malaysia nan harmoni ini
Hancur lebur, dek rapuhnya patriotisme bangsa
Mekarnya gagasan 1Malausia
Perpaduan bangsa, kami ajarkan
Pada anak didik, generasi penerus warisan.

Aduhai, Guru 1Malaysia

Marilah, kita kotakan apa yang dikata
Membulat harapan menuju puncak jaya
Menyambung tangan, merealisasikan integrasi bangsa
Kualiti pendidikan kita menjulang, menyinar di segenap benua.

Sejahteralah negaraku Malaysia, negara berdaulat
Sejahteralah bangsaku Malaysia, bangsa merdeka
1Malaysia - 1Semangat - 1Harapan
Malaysia negaraku berjaya di pentas dunia.

Ini sumpah, Gurur Malaysia!

Sedarap, serentan, seirama melangkah
Mekarnya gagasan, negaraku Malaysia nan tercinta
Mengota janji, menggapai cita-cita.

Terima kasih..

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Pemimpun tersohor negara - Perdana Menteri dikasihi
Tajam akal menebus kebajikan rakyatnya
Sejarah melakar, memacu anjung pendidikan
Mengukir semangat, rasa cintanya pada warga guru
Pendidikan anak bangsa ditulis, pada baris pertama
Profesion keguruan menjadi sanjungan mulia
Memeta wawasan bangsa 1Malaysia.

Terima kasih...

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Pemimpin nombor dua negara - Menteri Pelajaran disayang
Panglima yang bijak pada tugasnya - Panglima yang setia pada ketuanya
Berpencak, bersilat ligat turun ke padang
Sehalus kekangan, sulaman santunan menjadi tikar
Transformasi pendidikan dipastikan melonjak ke hadapan
Pemodenan pendidikan melestarikan wawasan.

Perjuanganmu, wira negara
Bersama semangat, kibaran Sang Saka Bangsa
Bersama semangat kilauan Keris Panca Warisan
Bersama gerak tindak, dan langkah yang sekata
Tidak pun pernah kalah pada gertak pemusnah nusa
Pengorbanan sejati demi tanah air tercinta.

Terima kasih... wira bangsa cemerlang pada akal dan budi
Ketulusan, keikhlasan terpancar bagaikan mentari
Keyakinan, keberanian tersebar di genggaman tangan sakti
Pendidikan 1Malaysia, menjadi transformasi.

Wahai, Guru Malaysia

Panggilan keramat 'Cikgu'
Menggamit rindu, pada kita yang pernah berguru
Budimu yang diapungkan di dulang rindu
Dikenang dan diingati selalu
Segunung Budimu, Selaut Kasihku.

'Cikgu'! Jasa dan budimu bagai gemilang kilauan permata biru
Walaupun terbenam disebalik pepasir membeku
Namun namamu tetap berseri, di sudut sanubariku.

TERIMA KASIH, CIKGU!


Nukilan:
Hj. Megat Md. Saleh Md Arshad
11 September 2010/ 02 Syawal 1431H
Dideklimasikan di Stadium Putra Bukit Jalil
Sempena Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR