Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 15 Mei 2011

"TERIMA KASIH CIKGU..."

16 Mei, setiap tahun rasa macam tak sabar untuk menantikan tibanya tarikh itu. Aku sangat gembira dan bangga. Gembira kerana semua muridku mengucapkan ucapan "SELAMAT HARI GURU USTAZAH". Tak ketinggalan juga aku menerima ucapan seperti itu dari rakan-rakan dan kenalan. Dan... aku rasa bangga kerana seluruh negara menyambut dan meraikan hariku. Aku bangga menjadi GURU...


Setiap tahun, menjelangnya tarikh keramat itu, aku akan menyediakan pakaian baru untuk dipakai pada hari sambutan. Yang paling penting, memang tak pernah aku lupakan pada setiap tahun, keluar saja gaji bulan April, aku akan mencari "HADIAH" untuk aku sendiri. Hadiah untuk seorang GURU, daripada seorang GURU, sempena sambutan HARI GURU. Aku buat macam tu kerana aku pernah dengar Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam  satu slot motivasinya, beliau menyatakan kita mesti menghargai diri sendiri. Jangan harapkan orang lain hargai kita. Kita belikan hadiah untuk menghargai diri sendiri terutamanya hadiah hari lahir dan hari-hari lain yang bermakna dalam hidp kita. Dan... aku amalkannya.





Aku menjadi GURU kerana seorang GURU. Gurulah yang mendidikku sehingga aku menjadi seorang guru. Terima Kasih Cikgu... Jasa cikgu, ustaz dan ustazah, sir dan teacher tak pernah saya lupakan. Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidikku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Jenera. Yang masih ku ingat nama mereka cikgu Yusof, cikgu Razali, cikgu Mariah, cikgu Hilmi (sekarang dah bergelar Dato' Hilmi) cikgu Abdullah (sampai sekarang aku ingat dan amalkan, berdiri tegak sebaik saja dengar lagu Negaraku) dan juga ustaz (tak ingat namanya, maaf ya ustaz). Tak tau di mana macam mana keadaan mereka sekarang. Yang aku tak lupa Allahyarham cikgu Zakaria. Cikgu Matematik. Sentiasa memujiku. Akulah murid pilihannya untuk dibawa ke tempat-tempat sambutan dan keraian. Tak pernah aku lupa, Allahyarham membawaku ke Istana Kubang Kerian. Aku tak ingat majlis apa. Masa tu aku dalam darjah 5.



Tak lupa juga Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang telah mengajar, mendidik serta membimbingku di SMU (A) Amir indera Petra, Bachok Kelantan. Banyak ilmu dan pengalaman berpersatuan yang ku ceduk di situ. Antara yang ku masih ingat nama mereka ialah Cikgu Najibah, Cikgu Saadah, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Zainun, Cikgu Rosli K Matari, Cikgu Zuraimi, Cikgu Sabri, Ustaz Kamaruddin, Ustaz Wan Ramadhan (guru masa aku Ting 3-5). Ustaz Zainuddin, Ustaz Zaki, Ustaz Mansor, Ustaz Aziz, Ustaz, Basir, Ustazah Naimah, Cikgu Robiah, Allahyarham Cikgu Ismail (guru yang mengajar Tingkatan 6 Bawah & 6 Atas) TERIMA KASIH CIKGU...




Di Maktab Perguruan Islam Bangi (IPG Kampus Bangi), aku melanjutkan pelajaran untuk mendalami bidang keguruan. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang GURU. Di situlah aku berkursus selama 2 setengah tahun. Terima kasih di ucapkan kepada semua pensyarah yang telah perturunkan ilmu pendidikan kepada ku. Terutama kepada naqib dan naqibah kelas kami En Osman dan Pn Faridah. Kepada mereka berdua tempat kami mengadu pelbagai masalah sepanjang berada di maktab. Selepas 10 tahun bergelar GURU, aku menyambung pelajaran di OUM. Tapi berpusat di IPG Kampus Bangi juga. Aku bertemu semula dengan para pensyarah yang pernah mendidikku dulu. Tak ketinggalan juga pensyarah-pensyarah baru Pn Rozita, En Hashim, En Sahaluddin, En Zaradi, En Sabri dan ramai lagi. TERIMA KASIH Cikgu... dan SELAMAT HARI GURU...




Untuk guru-guruku yang telah kembali ke Rahmatullah, untukmu AL-FATIHAH...

Untuk rakan-rakan seperjuangan, SELAMAT HARI GURU, dan sama-samalah kita merayakan sambutan hari kita esok tanggal 16 Mei 2011. "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" begitulah tema hari guru tahun ini. Kita adalah pendidik bangsa.



Dan...kepada semua guru yang telah mendidik dan mengajar anak-anakku (Muhammad Syamil Fadhlin, Muhammad Syamil Farhan, Muhammad Syamil Fahman, Muhammad Syamil Fawwaz), cikgu-cikgu Tadika Saleha Puchong, Tadika Play House Kajang, PASTI Bandar Teknologi Kajang, Sk Semenyih, SK Bandar Teknologi Kajang dan cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah, sir dan teacher di Maahad Muhammadi Lilbanin Kota Bharu, TERIMA KASIH CIKGU... dan, SELAMAT HARI GURU. Semua jasa cikgu mendidik anak-anak saya hanya Allah saja yang membalasnya. Semoga cikgu-cikgu beroleh keberkatan serta berada dalam lindungan dan rahmat-NYA sentiasa. AMIN...


Akhirnya...pesan ku kepada anak-anakku serta anak-anak muridku...jangan lupa jasa guru-gurumu, hormatilah mereka kerana dengan jasa mereka dan ilmu merekalah kalian menjadi MANUSIA. Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. pernah berkata: "Sesiapa yang mengajar aku walaupun hanya satu huruf, aku sanggup menjadi hamba kepadanya." Oleh itu HORMATI lah guru-guru mu... kerana...


SELAMAT HARI GURU 
KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU
TERIMA KASIH CIKGU...

1 ulasan:

Fadzilah berkata...

Selamat Hari Guru cikgu...
Terima Kasih cikgu...
Syukran Jazilan ya ustaz/ustazah...
Thank You sir/teacher...

CATATAN POPULAR