Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 26 November 2017

ABANG BOMBA DI SKBP



SIMULASI HAJI CILIK

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, program simulasi haji cilik berjaya dilaksanakan pada 14 November 2017. Program ini pertama kali diadakan di sekolah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara melaksanakan rukun Islam yang kelima. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang djalankan selepas UPSR.


CATATAN POPULAR