Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 11 Jun 2011

"SELAMAT HARI BAPA..."


AYAH... kami merindui mu. Diketika hati kami terdetik mengingati mu, AL-FATIHAH kami sedekahkan untuk mu. Terima kasih ayah kerana telah membekalkan kami dengan ilmu Allah, Iman dan Islam. Kami ingat lagi suatu ketika ayah berkata; "Ayah tinggalkan kamu dengan ilmu bukan dengan harta". Terima kasih sekali lagi ayah. Kiranya wang berjuta yang ayah tinggalkan untuk kami, mungkin hari ini wang itu telah lama habis kami belanjakan. Tetapi kerana ilmu agama yang kau bekalkan, alhamdulillah hingga sekarang ilmu itu tak luak. Makin banyak kami amalkan, kian banyak pahala yang ayah kumpulkan.

ABAH... kami jua merindui mu. AL-FATIHAH untuk mu, dan semoga roh mu bersama orang-orang yang beriman. Pergi mu dalam usia yang muda. Seolah kau tak sempat melihat anak mu membesar. Waktu kau meninggalkan mereka, mereka masih kecil, dan masih bayi. Namun, berbekalkan semangat dan kasih sayang mu, seorang ibu cuba sedaya upaya membesarkan dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak solehlah harta berguna bagi ibu bapa mereka kelak. Kami sentiasa berdoa agar anak-anak mu mewarisi sifat dan pekerti mu yang mulia.

PAPA... kami amat merindui mu. Terima kasih papa. Terima kasih kami ucapkan kerana telah hadir dalam hidup kami. Hadir mu papa, seorang anak kecil dapat mengenal dan mengecapi kasih seorang ayah. Tahun-tahun sebelumnya, dia seolah-olah terkapai mencari insan yang dipanggil 'ayah'. Dan, dia mengenali mu. Sehingga kini nama mu meniti di bibirnya. Sering kali mengucapkan rindunya pada papa, kerana baginya kaulah papanya. Terkadang anak kecil itu menangis sendirian. Bila ditanya kenapa menangis nak? Jawabnya luhur, "...rindu papa". Si ibu tidak mampu berbuat apa-apa selain menenangkannya dan berdoa. Tidak putus-putus berdoa dan memohon agar Allah mengizinkan kami untuk bernaung di bawah lembayung kasih mu sepanjang masa. Selagi hayat masih ada... AMIN...

Selamat Hari Bapa
AYAH...
ABAH...
juga 
PAPA...


CATATAN POPULAR