Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 26 Februari 2011

MENCARI BINTANG MAULIDUR RASUL

Mencari Bintang adalah salah satu daripada program Panitia Pendidikan Islam SK Bandar Teknologi Kajang sempena sambutan Maulidur Rasul 2011. Konsep yang digunakan sama dengan pemilihan GADIS MELAYU di TV 9 dan  IMAM MUDA di Astro Oasis.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR