Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 16 Oktober 2014

KURSUS ASET DIGITAL GPM ZON TIMUR

Alhamdulillah, namaku terpilih dan tersenarai sebagai peserta kursus yang sepatutnya dihadiri oleh GPM. Mungkin Allah memilihku untuk memberi ilmu dan pengetahuan baru untukku. Persediaan untuk masa-masa akan datang. 


Kursus ini bertempat di BTPN dan berlangsung selama empat hari, bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober 2014. Jadual kursusnya sangat padat. Mula jam 8.00 pagi hinggi 10.00 malam. Tengok pula pada tajuk kursus tu punn dah berdebar jantung. Kursus Aset Digital. Fulamak... 

Apa pun seronok sangat dapat hadir kursus ni. Banyak dapat ilmu. Dapat kawan baru. Cuma sayangnya slot Nilam Dalam SPS yang ditunggu-tunggu tak dapat dilaksanakan. Sayang seribuu kali sayang. Apa pun, syukur alhamdulillah. Semoga segala ilmu yang diperolehi memberi manfaat padaku sepanjang masa walau di mana berada.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR