Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 20 Disember 2016

GALERI NOOR ARFA BATIK

Percutian akhir tahun memang betul-betul akhir tahun. Kali ni kami datang sendiri anak-beranak. Pandu sendiri. Luas la langkahnya. Apa lagi, waze la mana tempat yang nak pegi. Apa kata kita ke Noor Arfa Batik. Jom waze...


Dengan senang hati Mr Waze membawa kami ke destinasi. Umi sibuk menjelajah. Anak-anak boring. Ada yang ketiduran. Ada juga yang leka dengan game. Biasalah umi kalau tak meninjau tak sah. Pusing puas-puas baru beli. Mana tau berkenan terus beli, tengok-tengok ada lain yang lagi berkenan. So, jalan selamat pusing dan tinjau habis-habisan dulu. 



Sebenarnya, yang dibeli tu yang jatuh cinta pandang pertama. Mahal ke murah ke hati dah suka. Memang betul la kata orang yang "CINTA ITU BUTA". Memang buta hati la bila tengok yang kita berkenan. Bikin susah hati. Tapi bila membeli pilih yang puas hati.

Alang-alang datang jauh-jauh, beli la sepasang kain batik untuk kenangan. Itu untuk uunya. Anak-anak takkan nakk beli baju batik. Mana la dia orang pakai. Umi belikan mereka sehelai sorang kain pelekat Noor Arfa. Bukan kain pelekat biasa tau. Cantik-cantik. Lembut lagi. Tak rugi la pendek kata beli untuk anak-anak. Hadiah penat menunggu. Penat mengomen, "umi beli kain sepasang je tapi pilih berjam-jam". Itulah umi, kalau tak cerewet bukan umi namanya...


Lepas membeli dan membelah gudang, kami ambil peluang bergambar kenangan di gudang Noor Arfa Batik. Saja suka-suki anak-beranak. Ada masa ada rezeki kita datang lagi...


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR