Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 28 Mei 2018

PROJEK RAMADHAN PUTERI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur, kerana Tadarrus Al-Quran adalah program pertama pada tahun ini program yang berjaya dilaksanakan oleh PPIM SK Beris Panchor. Dua program terdahulu terpaksa dibatalkan dan satunya ditangguhkan.  Walau bagaimana pun perkara remeh temeh tidak sedikit pun mematahkan semangat para guru pemimpin untuk menyediakan dan melaksanakan program untuk anak-anak didik. 



Terima kasih kepada pendadbir kerana meluluskan projek kami di bulan mulia ini. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh guru pemimpin. Tahniah kepada anak-anak puteri yang dating bertadarrus tanpa ada rasa jemu.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR