Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 11 Mac 2023

UMRAH 2023

PART 1







Jumaat, 30 Disember 2022

WHITE HOUSE COFFEEE

Sepagi di Kota Bharu



Isnin, 18 Julai 2022

PERTANDINGAN KRAFTANGAN & KOLAJ



Pertandingan Kraftangan daripada bahan terbuang anjuran PPIM Perhubungan Negeri Kelantan bersama Perbadanan Negeri KelantanProgram pertama secara bersemuka selepas 2 tahun PKP. 

https://www.youtube.com/watch?v=gMYq1q1VHQA&t=284s

Sabtu, 1 Mei 2021

HATI KECILKU

Hari ni Hari apa? Ahad. Hari ni Hari ke berapa dok hospital? Entah... xpernah kira hari la plk. Tak penting. Dah tu APA YG penting? Xde apa yg penting pun. Saja... Gambar ni nampak je xde apa². Nothing kata omputih. Tah betul tah tidak, jgn kecam plk. Sy bkn ticer. Ianya hanya sekeping gambar. Tapi di dalamnya trdapat pelbagai kisah dan cerita. 

Pagi td tiba² misi dtg ckp nk pindahkn mok ke belakang. Dr katil pertama dpn meja misi mok dipindahkan ke hujung skli. Paling hujung. Hujung dunia. Aku mmberanikn diri brsuara. Misi, blh tak tukarkn katil skli? Sian mok, minum seteguk pun trsedak. Takde tulah, jwbnya ringkas. Aku jd semakin berani. Ada je. Aku brjln ke belakang tunjuk katil² tu. YG Aku bengang sgt pagi² aku lalu pegi ke tandas nampak seorang "penunggu" tu tidur atas katil baru sblh mak dia. Bengkek je kawan ni. Mak Aku YG sepatutnya guna katil tu.

Rabu, 7 Oktober 2020

SELAWAT TAFRIJIYYAH




Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari masalah.

Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

3. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.

4. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

5. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

6. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

#selamatberamal💕💕💕

Kredit: Norliza

Rabu, 15 Mei 2019

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

Nama mu tetap segar diingatan...Terima kasih atas segalanya.



Selasa, 16 April 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PPIM 2018

Khatam bermaksud tamat. Kata ini pinjaman dari bahasa Arab. Khatam biasanya merujuk kepada sudah habis mengaji al-Quran oleh seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak seharusnya khatam al-Quran sebelum berumur 13 tahun, tetapi bukanlah wajib. Mereka belajar dari guru agama kampung yang dahulunya dipanggil Muallim.

Dalam tradisi masyarakat Melayu, satu majlis khas akan diadakan untuk menyambut khatam. Kadangkala, majlis khatam ini diadakan sekaligus dengan upacara khatan atau cukur jambul.

Majlis Khatam al-Quran juga kadang-kadang diadakan sempena suatu perayaan, contohnya ulang tahun pemerintahan seorang Sultan atau menyambut Ramadhan. Dalam majlis ini, biasanya ramai orang (dewasa) akan berfilir-gilir membaca al-Quran sehingga tamat.




Sabtu, 15 Disember 2018

PT3 GUAMS 2018

Pertamanya, syukur rezeki daripada Allah swt. Syamil Fawwaz berjaya memperoleh 9A dalam PT3 2018. Umi sangat-sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan anak umi mengecapi kejayaan itu. Walaupun jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang lebih baik pencapaiannya. Umi tetap bangga dengan kejayaan anak umi. Doa dan harapan umi agar anak umi lebih cemerlang dalam SPM 2020 nanti. Insya Allah.

Ahad, 23 September 2018

MALIS RESTU ILMU SKBP 2018

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN 
BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA
YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK,
YANG PIPIS TIDAK AKAN DATANG MELAYANG
SETITIS JADIKAN LAUTAN, SEKEPAL JADIKAN DARATAN
BENIH YANG BAIK DICAMPAK KE LAUT MENJADI MUTIARA
DICAMPAK KE LANGIT MENJADI KEJORA
USAHA TANGGA KEJAYAAN
BAHASA JIWA BANGSA


Semoga anak-anak ini akan menjadi muslim dan muslimah sejati dan dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

KHATAM 6B



AL- QURAN SEBAGAI SYAFAAT

Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.(Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)


AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)

Khamis, 6 September 2018

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2019

Perkongsian Terkini Mengenai Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019 Bagi Pelajar Dan Guru.

Sabtu, 4 Ogos 2018

TRIP TO HATYAI



Hat Yai (Bahasa Thai: Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1′N 100°28′E. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai, oleh itu selalu disalah sangka sebagai ibu kota bagi wilayah tersebut. Namun Songkhla ialah ibu kotanya, tidak seperti wilayah lain di mana bandaraya terbesar merupakan ibu kotanya. Bandaraya ini meliputi seluruh Hat Yai tambon bagi daerah Hat Yai. Kedua-dua bandaraya ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolis Hatyai-Songkhla Besar.

Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat besar.

Jumaat, 8 Jun 2018

WORLD #QURANHOUR @SKBP

Dalam al-Quran, ada 27 tempat Allah mengulang perkataan 'ajaba' atau ajaib dalam bentuk pelbagai.

Ada ajaib yang dibenarkan dan ada ajaib yang tidak digalakkan.

Apabila kita memahami ajaib yang dibenarkan dan betul, ia akan membantu kita bermotivasi dalam kehidupan seharian.

Salah satu ajaib yang perlu kita rasakan ialah takjub kepada al-Quran sebagaimana dalam Surah al-Jin ayat 1.

Setiap Jumaat, apabila membaca Surah al-Kahf ada perkataan ajaba dalam ayat 9.


Ia adalah teguran Allah kepada orang yang hanya takjub pada perkara yang amat pelik, tetapi tidak takjub pada ayat-ayat atau petanda Allah yang lain.







Sabda Nabi Muhammad SAW, "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu"
Sama-samalah kita menjaga Allah dalam lisan, hati, fikiran dan kehidupan kita.

Ahad, 3 Jun 2018

JOM NGAJI @SKBP

Beberapa hari saja lagi… Insya Allah




Isnin, 28 Mei 2018

PROJEK RAMADHAN PUTERI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur, kerana Tadarrus Al-Quran adalah program pertama pada tahun ini program yang berjaya dilaksanakan oleh PPIM SK Beris Panchor. Dua program terdahulu terpaksa dibatalkan dan satunya ditangguhkan.  Walau bagaimana pun perkara remeh temeh tidak sedikit pun mematahkan semangat para guru pemimpin untuk menyediakan dan melaksanakan program untuk anak-anak didik. 



Terima kasih kepada pendadbir kerana meluluskan projek kami di bulan mulia ini. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh guru pemimpin. Tahniah kepada anak-anak puteri yang dating bertadarrus tanpa ada rasa jemu.

Isnin, 21 Mei 2018

PESERTA TADARRUS PUTERI

Program Tadarrus Puteri ini terdiri daripada 21 orang anak-anak puteri yang terpilih. Mereka adalah anak-anak puteri yang telah khatam al-Quran dan baik bacaannya. 

BIL
NAMA PESERTA
KELAS
1
DAMIA BINTI ROSLEE
6A
2
ALLIA AMALLINS BINTI ROSLI
6A
3
ANIS NADZIRA BINTI SHAMSUDDIN
6A
4
NUR ADRIANA AMNI BINTI MOHD NAZI
6A
5
NUR AZMINA BINTI ZAKARIA
6A
6
NUR AWATIF ASHRAFF BINTI ABDULLAH
6A
7
NUR QISTINA SOFEA BINTI MUDA
6A
8
NUR SHAHADA SHAMIRA BINTI SHAIMI
6A
19
NUR ZARITH NAJIHAH BINTI RUSLY
6A
10
NUR SAFIAH BINTI OMAR
6B
11
SITI NUR AMINAH BALQIS BINTI ZAMRI
6B
12
ZULIA AISYA BINTI ROSLI
5A
13
NUR AINUN SOLEHAH BINTI MAT RONI
5A
14
NUR ATIKAH BINTI AMRI
5A
15
NUR ATISYA SYAQIRAH BINTI RAMLI
5A
16
NUR HANIS BINTI MOHD ZAKI
5A
17
NURUL AFIKAH BINTI RIZUAN
5A
18
NURUL AIN ARISSA SOFEA BINTI MUHAMED ABDAN
5B
19
SITI NURZULAIKHA IZMIAH BINTI ABD HALIM
5A
20
MIRZA SYAHIRAH BINTI ISHAK
5A
21
NUR ALLYA DAMIERA BINTI RAMLI
5C

Jumaat, 18 Mei 2018

PUTERI BERTADARRUS

Bermula 1 Ramadhan 1439H bersamaan 17 Mei 2018M, anak-anak puteri bertadarrus al-Quran di bilik KAFA. Alhamdulillah... syukur rasanya kerana daripada tiga program puteri yang dirancang dari awal tahun, berjaya juga dilaksanakan salah satunya program yang berkat ini di bulan yang paling berkat Ramadham al-Mubarak.




Khamis, 26 April 2018

RMTS

Assalamualaikum...
Bagi salam dulu la sebab dah lama tak update blog. Minggu ni minggu duty ustazah untuk kali kedua tahun 2018. Sambil-sambil bertugas menjaga RMTS, terlintas untuk ambil gambar. Bukan apa, sebab anak-anak RMT minggu ni sungguh berdisiplin. Datang awal untuk makan, senyap semasa makan. Takut ustazah kut... Apa pun Alhamdulillah.










Rabu, 25 April 2018

CERAMAH ISRAK MIKRAJ


Pagi ni ada ceramah Isra' Mikraj. Minggu ni minggu usztzah and the geng bertugas. Lpeas makan RMT murid-murid digesa terus ke dewan Seri Panchor. 
Alhamdulillah, selepas isi perut isi pulak minda dengan ilmu-ilmu agama, kisah bagaimana nabi Muhammad saw berisrak dan mikraj.

Ustazah tak kenal dengan penceramah ni. Tapi dengar dari muqaddimah dia perkenalkan dirinya sebagai Us Hadi. Untuk lebih mesra dia gelarkan dirinya 'abi" denagn anak-anak didik. 

Bagus la abi ni, dari muqaddimah hingga ke akhir sesi ceramah anak-anak didik SKBP memberi sepenuh tumpuan dan perhatian.
Dalam ceramah abi selitkan juga lagu-lagu zikir dan doa-doa. Anak-anak didik ustazah hari ni khusyuk sangat mendengar ceramah agama. Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih abi...

CATATAN POPULAR