Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 27 Julai 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2011

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2011 / 1432H telah disambut pada 22 Julai 2011 (Jumaat) yang lepas. Penceramah jemputannya ialah Al-Fadhil Ustaz Idzhar bin Jumali, merupakan ahli kumpulan nasyid terkemuka tanah air iaitu kumpulan Nowseeheart.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR