Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 25 Julai 2011

BISKUT RAYA @ BREADFELLAZ BAKERY

ALHAMDULILLAH...syukur kepada Allah kerana memberi aku semangat dan peluang untuk belajar dan menyertai kursus pastry dan biskut raya di Breadfellaz Bakery. Selama dua hari berkursus di sana banyak ilmu dan petua yang diperolehi daripada chef. Aku berbangga kerana aku mempunyai semangat untuk belajar semua ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga. TERIMA KASIH CHEFF... dan...TERIMA KASIH juga kepada PENGANJUR kursus ini. Terima kasih daun keladi, kalau ada kursus jemputlah saya lagi...
i) Kuih Bangkit
ii) Almond Crispy
iii)Biskut Suji
iv) Coconut Pleasure Cookies
v) Chewy Choc Chip
vi) Apple Pie
vii) Cornflake Shortbread

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR