Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 17 Julai 2011

JAMUAN PERPISAHAN MANTAN GB

BINGKISAN HATI

Engkaukah di sana...
Merenung jauh garisan langit dan lautan...
Meredah belukar hingga ke penghujung tunjangnya akar
Perjuangan hidupmu bagaikan terlalu jauh...
Kerna kejayaan dan nilai hidup adalah cagarannya...
Kau tetap teruskan usaha
Biarpun usia membatasi jiwa
Kau semakin kental meredah masa
Biarpun ujian mendatang duga...
Apakah kau sedar pengorbanan mu tidak ternilai
Bermusim menabur bakti
Bertahun memiliki gelaran terpuji
Biarpun kini...
Kau terpaksa lelewati monsun perpisahan
Kau harus meninggalkan saki baki kenangan...
Namun air mata sedih yang mengalr itu
Anggalah sebagai bingkisan...
Bingkisan hati yang indah tersulam
Bahawa kau tetap kami kenang...
Di lubuk hati yang paling dalam...



Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR