Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 20 November 2011

HI-TEA & BKG

Rutin tahunan, pada penghujung tahun Badan Kebajikan Guru akan mengadakan jamuan akhir tahun. Tahun ni 'grand' sikit. Kami dijemput ke Bangi Golf Resort. Menu yang dihidang memang sedap-sedap belaka, tapi tak menggiurkan sebab semua menu hidangan tu saya biasa buat. Antaranya nasi goreng cina, spageti, kambing bakar. Dessert pula puding jagung, puding roti + sos, kek coklat (kek coklat je tak biasa buat tapi biasa makan), ABC + aiskrim dan sandwich tuna. Satu lagi rojak buah. Yang paling biasa dibuat ialah spegeti, puding sagu, dan puding roti.


Tengok la GB pun berselera nampak menyeduk hidangan. Tu tandanya sedap. Terima kasih kami ucapkan kepada para AJK BKG 2010 - 2011 kerana telah bersusah payah menyediakan hadiah untuk kami ahli-ahli BKG SKBTK. Tengok...hadiah penuh di sekeliling cikgu-cikgu. Atas meja, bawah meja dan tepi meja. Belakang meja pun ada...sarat kereta cikgu bawa balik hadiah.


Ingatkan jamuan tahun ni turut meraikan saya. Terlintas juga dalam hati, ini jamuan terakhir saya bersama rakan-rakan di SKBTK. Rupanya tidak. Saya masih lagi terus berkhidmat di sini. Permohonan pertukaran saya tidak diluluskan. Aduhai...sedihnya hati...lemah semangat seketika. Putus harapan untuk jadi warga Kelantan. Nampak sangat Kelantan tak nak terima saya, dah dua kali mohon masih tak diterima...


Usik seorang kawan, kata dia...'macam tersalah hadir majlis je saya ni'. Saya faham maksudnya. Macam nak pegi kenduri kawin agaknya pakaian saya. Berbaju kurung dan tudung siti. Hehehe...Sebenarnya, hari ni sepatutnya saya pergi ke majlis lain. Majlis merisik untuk anak saudara. Pakain ni saya sediakan untuk ke sana. Tapi sayangnya tugas di sekolah lagi penting. Paginya ada Majlis Graduasi  dan Anugerah Cemerlang. Petangnya pula majlis ni. Musnahlah harapan untuk pergi merisik dan mengenali bakal menantu baru...Itulah sebabnya pakaian saya tersangatlah sopan...tak apakan walaupun tak sesuai dengan majlis?...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR