Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 10 Disember 2011

KETUPAT SOTONG BONDA



Pagi tadi aku masak sotong sumbat maggi untuk anak-anak. Masa tu rasa teringin sangat nak makan ketupat sotong. Bukan apa sebab tengok rupanya hampir sama. Mungkin juga sebab dah lama tak makan. Mungkin juga. Jadi, sambil-sambil sediakan makanan untuk tengah hari, aku buat ketupat sotong yang ku idamkan ni. Hari ni hari bertema. Masakan aku bertemakan sotong. Pagi sotong maggi, petang ketupat sotong. Nasib baik makan tengah hari bukan gulai sotong.

Aku namakan ia 'ketupat sotong bonda' sebab resepi ni aku belajar dari mak aku. Masa aku kecik-kecik dulu mak selalu masak ketupat sotong. Tapi bila aku dah dewasa mak jarang lagi masak ketupat ni. Rupanya sebab masa dulu-dulu mak masih lagi makan sotong. Bila dah agak berumur mak tak boleh makan sotong pulak. Bila dah berkahwin, mak mertua aku selalu jugak masak ketupat sotong. Tapi cara masaknya lain sikit aje. Maklum la dia tukang masak tersohor di kampungnya.

Mak mertua aku masak pulut dengan santan terlebih dulu, kemudian baru dia sumbat dalam sotong. Dan masak dalam kuah manisan. Katanya sebab tak nak bagi sotong tu pecah semasa dimasak. Bila pulut dah masak ia tak akan mengembang lagi dalam kuah. Memang la kalau kita terlebih sumbat beras dalam sotong, sotong akan pecah. Jadi, bubuh beras pulut jangan penuh sangat dalam sotong. Kata mak aku pulak, kalau kita masak pulut dulu baru sumbat dalam sotong, pulut tadi tak sebati dengan kuah manisan. Betul jugak tu. Sebab tu mak rendam dulu beras pulut dengan santan. Bila beras kembang baru sumbat dalam sotong. Tapi kena la berhati-hati sikit kalau ikut petua mak aku ni. Kalau ketat sangat sotong akan pecah bila dimasak dalam kuah. Kedua-dua resepi ni sedap belaka. Kedua-dua cara ni aku dah buat sebenarnya. Memang cantik la sotongnya kalau ikut cara mak mertua aku tu. Kalau nak hidang pada tetamu aku akan masak ikut cara mak mertua aku. Hahaha...bijak-bijak.

Dulu aku selalu la masak ketupat sotong ni sebab suami aku suka sangat makan. Sekarang ni jarang-jarang sangat aku masak. Kalau teringin sangat baru aku buat. Macam hari  ni. Resepi tradisi nenek moyang ni, anak-anak tak berapa gemar. Sorang dua je yang makan. Farhan dan Fahman memang suka. Siap nak tambah-tambah lagi. Tapi kalau Fadhlin dan Fayyadh pandang pun sebelah mata aje. Belum cuba belum tahu nak oiiii...Fawwaz pulak makan pulut dengan kuah saja. Biasanya pulut yang kita masukkan dalam sotong tu akan lebih. Jadi aku tanak pulut tu. Yang tu dia suka. Sotong tak nak. Pelik sungguh anak-anak ni. Macam-macam ragam kan...


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR