Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 2 Disember 2011

KAJANG BANJIR KILAT

Ke mana saja aku pergi mesti bersama 'wira' ku. Dia teman setiaku. Ke mana saja aku melangkah dia setia menemaniku. Aku juga setia dengannya. Biarpun dia sedikit tua dan uzur. Di kala hari panas dia memayungiku dari terik matahari. Pabila hujan, dia melindungiku dari basah. Sehati sejiwa bukan?...Tak sia-sia aku memilih mu 'wira' ku untuk menjadi teman hidupku. Kaulah 'WIRAKU'... Tapi hari ni aku hampir-hampir mencederakanmu 'wiraku'. Aku membawamu ke pekan Kajang. Malang tak berbau...


Dalam perjalanan ke kajang hujan turun lebat. Kalau parking kereta kat luar mesti basah ni. Parking bawah la. Aku tinggalkan 'wiraku' di situ. Nak pegi beli ubat untuk mak di farmasi sebenarnya. Beli kat farmasi dalam Metro Kajang la, cakap sorang-sorang. Masa nak naik atas nampak 2-3 orang je yang sedang bayar parking. Takper la, bayar nanti nak balik je. Naik atas terus masuk farmasi tanya ubat yang nak dibeli. Takde katanya. Cuba akak tengok farmasi kat luar mesti ada. Memang la, farmasi yang paling besar kat kajang kat sebelah CIMB tu. Aku jenguk keluar. Hujan lebat sangat. Masuk semula. Allah selamatkan aku rupanya.

Sambil tunggu hujan reda, baik pegi kedai Celcom. Turun bahagian LG kononnya nak bayar bil telefon dan broadband. Tiba-tiba nampak orang tutup pintu besi bahagian tangga turun. Aku tertnya-tanya sendiri. Kenapa ya? Kemudian terdengar pengumuman minta keluarkan kenderaan. Alamak!!!...aku terus berlari. Tak malu dah. Tiket parking pulak tertinggal dalam kereta. Ya Allah...Tuhan saja yang tahu perasaanku masa tu. Daripada orang 20 orang jadi la pulak orang ke 50 yang beratur. Sempat juga sembang dengan orang belakang. Katanya air lumpur dah memenuhi perkarangan CIMB. Ya Allah makin cemas aku rasa. Masa aku jenguk keluar tadi tak ada lagi atau tak perasan. Tak sampai 2 minit beratur, dengar lagi pengumuman: " keluar cepat, keluar cepat, tak payah bayar, tak payah bayar parking"... lagi cemas. Berlari lagi la aku menuju ke kereta. Masa tu air baru ada kat lantai simen. Masa beratur menunggu giliran nak keluar, air dah tenggelam buku lali (nampak orang berjalan kaki). Ya Allah...selamatkanlah 'wiraku'. Ya Allah...Ya Allah...kalimah itu saja yang mampu aku sebut. Tak tahu berapa puluh kali. Kaki dan tangan mengigil-gigil. Air cepat sangat naik. Nampak tayar kereta depan dah mengharung air. Ya Allah...janganlah wiraku semput dan mati di sini...

Sakit rasa dada. Jantung berdenyut kuat sangat kut. Sebanyak-banyak kereta berebut-rebut nak keluar. Ya Allah, aku nampak tayar kereta makin dalam tenggelam. Lamabtnya lagi nak lepas keluar. Lagi pulak aku tinggal wiraku jauh ke dalam sebab nak dekat dengan pintu lift. Takut kononnya. Kereta pulak banyak, masa masuk tadi susah juga mencari tempat yang sesuai. Alhamdulillah, dalam pada bercakap sendirian menyesal pun ada, takut pun ada. Akhirnya sampailah giliran wiraku menyusur keluar bangunan Metro Plaza. Masa tu la nampak air laju sangat masuk bawah bangunan. Rasanya kalau jalan kaki boleh hanyut. Macam air terjun. Pusing ikut belakang kedai Dzul de Classic, jem giler. Kalau ikut jalan tu mesti sangkut ni. Apa lagi, buat dajal la. Sekali sekala takpa kut? Tanpa buang masa aku pusing stering kereta ke kanan, keluar ikut bangunan kedai TNB. Jalan sehala ke kiri. Aku menuju ke kanan. Terus ke jalan Reko. Tergesa-gesa balik bimbang sangkut lagi bawah laluan komuter nak masuk ke Kajang Hill Golf. Biasanya situ air bertakung. Tapi alhamdulillah...takde air pun. 

Rasanya tak sampai setengah jam dalam Metro Plaza. Cepat sungguh air naik. Mana taknya...masa keluar tu baru perasan bangunannya tepi sungai.  Sebelum ni dok dengar cerita orang je kereta tenggelam banjir kilat. Amekau...hari ni nyaris-nyaris berlaku pada diri sendiri. Tapi kan...selalunya tak berani parking bawah bangunan kalau hujan-hujan macam ni. Hari ni pulak tiba-tiba jadi berani gara-gara takut kena hujan. Betul la kata orang malang tak berbau.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR