Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 26 Mac 2011

SESUNGGUHNYA SETELAH KESULITAN ADA KEMUDAHAN (dipetik dari buku La Tahzan)

Wahai manusia: setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti KETEMU, dalam kesesatan akan ada PETUNJUK, dalam kesulitan ada KEMUDAHAN, dan setiap kegelapan ada TERANG BENDERANG.

...mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RAsulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya... (Al-Maidah: 52)

     Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah; kepada orang-orang yang dilanda kesusahan bahawa, pertolongan akan datang secepat kilatan cahaya dan kedipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba.

     Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang sseolah memanang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.

     Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. Dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka "jendela" yang mengalirkan...

...بردا وسلما...
...kesejukan dan keselamatan...(al-Anbiya': 69)

     Lautan luas tidak kuasa meneggelamkan Kalimur-Rahman (Musa 'Alaihissalam). Itu, tidak lain  kerana suara kebenaran yang kuat berkata:

      Sesekali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (Asy-Syu'ara': 62)

     Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad saw yang ma'sum mengkhabarkan kepada Abu Bakar ra, bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar ra.

     Mereka yang terpaku pada waktu mereka terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusan dalam hidup mereka itu. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka sahaja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.

    Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah dalam menanti kemudahan dengan sabar. Betapa pun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun akan silih berganti. Meski pun demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi, dan yang Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR