Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 17 Mei 2012

HARI BAHAGIA SEORANG CIKGU


Hari bahagia 2012. Penampilan yang berbeza dari tahun lepas. Senyuman pun berbeza. Lebih manis dan ceria. Syukur pada Mu Ya Allah. Tahun demi tahun hidup ku lebih ceria dan bermakna. Alhamdulillah.

Tugas saya tak pernah berubah. tetap jadi jurufoto. tetap dan berpencen. tapi sebelum mulakan tugas apa kata kita melaram dulu. Kalau tak pastinya gambar saya tak ada dalam album Sambutan Hari Guru 2012. Ini tak adil. Gambar orang lain bukan main banyak, gambar kita sendiri tak ada. Dalam kelam kabut mencari orang minta tolong ambil gambar kami, GB En Mustafa Kamal datang menawarkan diri nak tolong kami. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu.


Selepas acara perarakan, ucapan perasmian majlis oleh guru besar, baca perutusan, macam biasa kami cikgu dan cikgi akan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Akur janji para guru untuk mendidik anak bangsa. Anak murid tercinta. Masa ni la pun kami berpeluang menyanyi. 

Nyanyi Lagu Kami Guru Malaysia
Manis senyuman tahun ni ustazah!
Persembahan kumpulan GB

Acara sukaneka

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR