Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 1 Mei 2012

PESTA BUKU 2012

Hari ni 1 Mei. Cuti. Niat hati nak bawa anak-anak jalan-jalan ke pesta buku. Tahun ni tinggal dua orang je, boleh la bawa. Kalau ramai macam tahun-tahun lepas takut pulak hilang. Maklum la, orang ramai yang amat.


Masuk-masuk je dewan pameran, nampak seseorang yang sangat aku kenal. Prof Dr Muhaya. Suaranya sering keudara di radio IKIM.FM. Ingat lagi tahun lepas, segala nasihat dan kata-kata perangsang untuk wanita, aku rasa seolah ditujukan pada aku. Aku ambik, aku kutip dan aku guna pakai kesemuanya. Alhamdulillah...aku menjadi seorang yang sabar dan menerima segala takdir untuk aku. Terima kasih Prof.. Petang tadi, aku rebut peluang untuk bergambar dengan beliau. Wah...seronok rasanya. Maklumlah, sebelum ni hanya dengar suara di radio dan tengok wajahnya di TV Astro Oasis. Hari ni hari bertuah bagi aku...dapat berjumpa dan bersembang lagi dengan insan yang aku kagumi. 


Wah...Telaga Biru!!! Satu nama yang tersohor. Kat sini la paling lama aku memilih buku. Buku-bukunya menarik. Penulisnya hebat-hebat. Kalau boleh semua buku nak beli. Yang paling aku suka buku yang ditulis oleh saudara Pahrol Mohd Juoi. Falsafahnya tinggi, tapi diolah dengan gaya bahasa yang mudah difaham. Sangat menyentuh perasaan. Kat sini la jugak budak dua orang ni gelisah menunggu. Puas merengek uminya tak bergerak-gerak juga.




La...dah senget dah badan? Baru sikit beli buku. Penat katanya. Membebel dia uminya lama memilih buku.


“Semuanya indah, bila bercinta kerana Allah.
Bertemu tidak jemu. Berpisahnya tidak gelisah…”
                                                        --Pahrol Mohd Juoi

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR