Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 2 Julai 2012

RESTORAN NASI ULAM CIKGU

Hari raya pergi ke Pahang,
Pakai baju bersulam-sulam,
Kalau balik negeri Cik CT Wan Kembang,
Tak sah kalau tak makan nasi ulam...


Bagi yang berminat untuk merasa keenakan dan keistimewaan nasi ulam cikgu bolehlah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cari lokasi restoran ni senang je. Pergi aje ke Kampung Kraf tangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu Kelantan. Jumpa la. Nampak tak papan tanda dia yang kuning tu? Masuk je terus...


Restoran Nasi Ulam Cikgu ni menyediakan masakan selera kampung. Ada ikan keli goreng, ayam kampung goreng, ikan patin asam pedas, yang best sekali terdapat bermacam-macam jenis ulaman. Cicah dengan budu. Fullamakkkk...tak nampak mak mertua lalu kat belakang. Hahahaha...tu cerita orang tua dulu-dulu. Memang la tak nampak dah lalu pun ikut belakang. cuba lalu ikut depan mesti nampak punya.


Masa saya sampai sini lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Peminat setia nasi ulam dah pun penuh. Sebab tu kalau saya datang lambat ulam dah habis.


Meja yang saya duduk ni dalam bilik berhawa dingin. Nyaman. Boleh makan pedas-pedas. Takder le berasap. Hihi... Masa ni saya datang dengan famili. Tengok tu pinggan nasi keliling meja.


Nah...ini dia antara menu kegemaran saya. Ikan keli goreng. Besar tau. Sekor ikan tu kena potong dua bila nak letak dalam pinggan. Satu lagi tu asam pedas ikan patin. Pun sodap. Tapi hari ni tak ada ulam-ulamam. Yang ada cuma timun dan kacang panjang. Sebabnya saya datang lambat. Lebih kurang jam 3.00 petang. Tak dapek la den nak makan ulam sodap-sodap.


Tu dia...ini bangunan baru. Siap sedia dengan tempahan. Tunggu orangnya datang je. Pada papan tanda merah atas tu ada nombor telefon lagi. Sapa yang dah meleleh air liur nak merasa nasi ulam cikgu, boleh la dail nombor yang tertera tu...

Ada satu lagi tempat restoran nasi ulam cikgu ni di Pengkalan Chepa. Jalan Padang Tembak. Lagi best. Lapang. Bangunannya pun menarik. Ala kampung. Ada la dua tiga kali saya ke sana. Tapi banyak ke Kota Bharu je sebab dekat. Moh la kiter...Tunggu apa lagi...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR