Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 10 Julai 2012

2012 TAHUN REZEKI


Alhamdulillah...2012 adalah tahun bertuah bagiku. Aku dapat kembali sesuatu yang berharga dalam hidupku, yang hilang sebelumnya. Dan...hari ini 10 Julai 2012, sekali lagi aku mendapat limpah rezeki dari Yang Maha Esa. Aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih ku ucapkan kepada para pentadbir SK Bandar Teknologi Kajang, kerana memilih dan memberi peluang kepada ku untuk merasai menerima anugerah tersebut.

Terima kasih juga pada ibu ku yang banyak berbakti untuk ku. Menemani ku sepanjang masa tanpa ada rasa jemu. Menjaga anak-anak ku sepanjang waktu, pagi petang siang dan malam Terima kasih mak...



Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR