Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 3 Mei 2013

BIRTHDAY@MEI 2013


Diam tak diam dah masuk bulan Mei. Sekejab je rasanya. Tahun lepas birthday bulan Mei ni disambut pada hujung bulan. Musim cuti sekolah. Baru seronok semua anak-anak berkumpul. Tahun ni seronok la abang, sambut birthday pada 3 Mei. Betul-betul hari lahir dia. Kebetulan 3 Mei hari Jumaat. PRU13 pulak tu. Sekolah YIK cuti sampai hari Isnin. Kami berkumpul. Selebrate birthday tiga beradik yang lahir pada bulan Mei. Satu episod lagi yang lahir bulan Ogos.Tunggulah Ogos nanti.


Macam biasa, umi akan beli sebiji kek dan kami selebrate sama-sama di Pizza Hut. Nak bagi anak-anak seronok. Nak anak-anak rasa diri mereka tidak ada kekurangan dari kanak-kanak lain. Itu je sebenarnya. Sekadar kemampuan si ibu.


Tengoklah tu... yang paling seronok dan gembira si Fayyadh. Maklumlah, anak-anak seusia ini seronok bila dapat apa yang dia mahu. Gembira bila dia dapat sebagaimana kawan dia dapat.Selamat Hari Lahir anak-anak umi...


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR