Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 18 Mei 2013

SEMALAT HARI GURU...CIKGU


Saban tahun, tarikh 16 Mei sangat ditunggu-tunggu. Pelbagai persiapan dibuat. Pelbagai kelengkapan disediakan. Pelbagai jenis hadiah dicari. Tak sabar menanti tibanya tarikh ini. Sayangnya 16 Mei 2013 saya tak berkesempatan dan tak berpeluang menyambutnya. Sekadar melihatnya dari kejauhan. Apa pun semangat seorang guru tetap ada. Terasa seolah kaki ini ingin melangkah ke sana untuk turut sama meraikannya. 

Walaupun kita tak dapat menyambut kemeriahan hari guru bersama, SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan guru di SK Bandar Teknologi Kajang. Juga kepada semua insan bergelar cikgu. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Dan, beroleh keberkatan dariNya.
Kepada semua guru yang telah banyak menaburkan ilmu di SK Tanjung Jenera, SMU (A) Amir Indera Petra Bachok Kelantan, TERIMA KASIH CIKGU...segala jasa cikgu hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR