Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 25 Mei 2014

HADIAH HARI GURU 2014


Alhamdulillah, dalam suasana sambutan hari guru yang serba sederhana, banyak juga hadiah yang cikgu dapat. Hampir 20 hadiah. Terima kasih tak terhingga cikgu ucapkan pada murid-murid cikgu. Tak lupa juga para ibu bapa mereka. Kiranya tahun ni lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Tak percaya sebenarnya, cikgu garang pun ada juga murid bagi hadiah. Terima kasih banyak-banyak. 

Sebenarnya, ada satu lagi hadiah. Tapi dah jadi darah daging. Cikgu dapat sebiji buah tembikai hadiah dari murid cikgu. Sehari selepas sambutan hari guru, cikgu puasa. Cikgu buat jus untuk berbuka puasa. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR