Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 10 Mei 2014

RELIEF DI PONDOK NILAM


Hari ini hari Sabtu. Kami bekerja. Sekolah ganti. Tapi ramai pulak guru yang tak hadir. Masing-masing ada hal tersendiri. Ada yang belajar. Ada yang berkursus. Tak ketinggalan juga yang MC. Jadi, ada la reliefnya. Pepagi lagi kertas relief sampai. Seperti kebiasaannya, di sinilah destinasi pilihan cikgu. Pondok Nilam menjadi pilihan untuk mengisi waktu itu. Boleh la ambil kesempatan dan bagi peluang murid menambah bacaan Nilam mereka.

Ada juga ketikanya, cikgu fotostat kertas lukisan dan edar pada murid untuk diwarnakan. Kalau satu jam waktu reliefnya sempatlah siap aktiviti mewarna. Biasanya aktiviti mewarna ni bila cikgu dapat relief kelas tahap 1. Begitulah cikgu tukar-tukar aktiviti. Kalau tak tukar murid boring pulak. Di pondok Nilam ni disediakan banyak meja yang dihias dengan cantik. Ada juga bangku batu. Kalau dua kelas pun boleh dimuatkan di sini. 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR