Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 20 Mei 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON

Hari ni berlangsungnya kejohanan bola tampar peringkar zon. Dah dua hari bertungkus-lumus menyiapkan sijil peserta, hadiah pengadil dan buku program kejohanan. Alhamdulillah, tamatnya game  final petang ni bemakna tamatlah sudah kerja bola tampar tahun ni. Kerana peserta sekolah ( lelaki & perempuan) cuma menjadi naib johan. Apa pun tahniah cikgu ucapkan kerana mereka telah mencuba yang terbaik. Majlis penyampain hadiah berakhir jam 7.00 petang dan disampaikan oleh tuan guru besar. Nak tau jam berapa cikgu sampai rumah hari ni? Buka pintu rumah tepat jam 7.50 malam. Emmm...apa pun itulah tugas.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR