Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 28 September 2012

MAJLIS PERPISAHAN PK1

Minggu lepas, kami dikejutkan dengan berita pertukaran setara para GPK seluruh daerah Hulu Langat. Besra-besaran. Di sekolah kami, sampai dua orang PK ditukarkan. PK Kurikulum dan PK Ko-Kurikulum. PK Koku buat rayuan. Jadi, hari ini berlangsunglah majlis perpisahan untuk PK1. Syahdu, sayu, pilu...


En Mohd Razak diarak dengan paluan kompang menuju ke tapak perhimpunan oleh pasukan elit kompang sekolah. Diiringi oleh En Mohd Syahrul Pengerusi BKG dan Pn Norzilawati Naib Pengerusi BKG. Kebetulan pula Pn Norzilawati adalah SU Kurikulum, memang orang kanan Cikgu Razak. 


Semasa pengerusi majlis menyampaikan , nampak juga riak muka sayu cikgu Razak untuk meninggalkan SKBTK. Maklumlah, beliau adalah orang 'orang besar' pertama di sekolah ni. Tahun 2003 SKBTK mula beroperasi, ciku Razak adalah PK pertama yang bertugas sebagai PK1 juga merangkap GB. Sebab beberapa bulan pertama GB belum datang. Namun, perkhidmatan beliau lebih diperlukan di sekolah baru.


Semasa memberi ucapan terakhir, banyak nasihat yang ditinggalkan oleh cikgu Razak kepada murid-murid tak ketinggalan juga untuk kami para guru. Paling terharu apabila cikgu peempuan minta cikgu Razak membuat persembahan terakhir untuk kami. Beliau terkenal di kalangan kami guru yang bersuara lunak. Kalau hari guru tak sah kalau cikgu Razak menyanyi. Meremang bulu roma bila mendengar beliau menyanyikan lag-lagu 80-an dan 90-an. Aku ingat lagi hari guru tahun 2008, cikgu Razak and the geng nyanyi lagu 'Masihkah Kau Ingat'. Aku tak boleh dengar. Aku terpaksa lari menyembunyikan diri dalam kereta. Tahun berikutnya beliau nyanyikan lagu 'Permata buat Isteri'. Tajam menusuk kalbuku. Untuk terakhir kalinya, hari ini cikgu Razakk tak menghampakan permintaan kami. Beliau nyanyi lahu 'Penantian' dari Zubir Ali. Semua cikgu perempuan menitiskan air mata. Sayu...


Ini pula sesi penyampaian hadiah. Kami ahli panitia Pendidikan Islam tidak ketinggalan menyediakan hadiah untuk cikgu Razak. Aku dengan Pn Norlaila ditugaskan untuk membelinya. Harap-harap cikgu suka hadiah yang kami pilih. Hadiah disampaikan oleh KP kami Pn Najihah bt Lateh.


Sesi bersalaman dengan semua murid. Inilah peluang terakhir untuk murid-murid bersalaman dengan cikgu Razak. Lepas berakhirnya bulan September ni belum tentu berpeluang untuk bertemu. Maklumlah, tinggalnya pun berlainan tempat. Sekolah pula berbeza, agak susah untuk bersua muka. Selama tinggal sebumbung ni pun waktu sekolah je nampak muka cikgu Razak.


Yang ni pula sesi 'wajib'. Ini cikgu-cikgi sesi pagi. Bergambar kenangan bersama cikgu Razak. Lepas ni, kerusi cikgu Razak tu akannampak wajah lain la pula. Biasa la tu, mana-mana tempat pun perkara yang sama akan berlaku. Kalau tahun lepas, bertukarnya wajah GB, tahun ni bertukar pula wajah PK1. Wajah PK HEM pun dah berubah. Tapi tak terasa sangat sebab dia baru setahun jagung bertugas di sekolah ni. Kesayuannya tak berapa menusuk kalbu kata orang. 


Yang ni pula cikgu-cikgi sesi petang. Aku dijemput datang ke sekolah petang ni. Katanya jam 4 petang ada majlis untuk sesi petang pulak. Aku menurut perintah. Turut ada bersama GB dan penyelia petang Pn Aisyah. Sayangnya, tak semua cikgu sesi pagi dan sesi petang ni ada. Ada yang berkursus dan ada juga yang cuti. Kalau semua ada pasti ramai lagi sebab bilangan semua guru di SKBTK ialah 86 orang. Meriah... Apa pun, selamat bertugas di sekolah baru diucapkan pada Cikgu Razak. Terima kasih atas teguran dan nasihat juga ilmu yang cikgu berikan sepanjang cikgu menjadi 'bos' kami. 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR