Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 5 Mei 2017

BENGKEL BUKU LOG PPIM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur, saya dapat turut sama menghadiri bengkel ini atas jemputan dan jasa baik PPIM Daerah Pasir Puteh. Saya sebagai guru pengiring yang mengiringi empat orang PUTERI dari SKBP turut sama berbengkel. Rasa syukur yang amat kerana diberi peluang untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Dapat la diterapkan pada anak-anak PUTERI di sekolah lepas ni. Insya Allah...


Tatacara perjumpaan

Bengkel buku log

Peserta PPIM Bachok
AJK PPIM Pasir Puteh & Guru Besar SK Wakaf Raja

Peserta Bachok & Pasir Putih

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR